Friday, January 4, 2013

MENGENAI DIA~

ASSALAMUALAIKUM~


ni lah akibatnya bila setelah berkurun lama x update blog, sekali dah update, 10 minit kemudian rasa nak update lagi tapi kena kuatkan semangat tahan nafsu tu supaya jangan asyik nk update je..aish3~

pada pagi yang indah permai disirami cahaya mentari yang bersinar-sinar menembusi celahan tingkap, saya nak bercerita sal 'dia'..mesti kalau de yang baca title ingat 'dia' tu bakai laki ka, pakwe ka kan3??..tapi yang sebenarnya bukan..'dia' adalah SASUKE !..hehe..

 
this is him ^^
 
ramai kawan2 yang duk tanya 'sal pe la yang dok minat sangat kat sasuke ni ha??..katun je pon'..jawapan ak tuk persoalan itu adalah jeng-kejeng-jeng-jeng, 'sebab sasuke comei..hehe'..ak memang dari dulu zaman tok kaduk lagi minat kat sasuke,kalau boleh semua benda yang de sasuke nak beli, siap waktu kat matrik dulu pesan kat mak suh cari cadar gambo sasuke..wat kena gelak ngan mak je..kalau ade pon memang mak tak kan beli punya lah..
 
walaupun mengikiut dalam anime naruto yang sasuke ni adalah jahat dan sangat pasif tapi t last2 dia jadi baik gak ler..ak minat kat dia lebih disebabkan ke-pasif-an dia tu la..TATAPI, setelah umurrrr semakin meningkat ni, ak dah mula sadari bahawasanya tak de gunanya nak minat fanatik tahap melampaui kebatasan kat kartun2 cam ni haaaa..
 
kan lebih indah,lebih molek,lebih cantik kalau kita minat kat seseorang yang betui2 wujud dan kita tahu kehebatannya secara realiti..dan orang yang aku maksudkan adalah NABI MUHAMMAD..mesti kalau de yang dok baca post ak ni akan cakap dalam hati 'hek eleh,bajet je la hai..nak tunjuk baik ler tuuuuuu'..astagfirullah..tak baik tau buruk sangka, cepat buang perasaan cam tu jauh2..niat di hati tak de pon nak tunjuk baik ke,sopan-santun ke,hape ke, cuma nak berkongsi dan beri kesedaran kepada diri sendiri jeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..
 
kalau nak diikutkan, Nabi Muhammad tu lagi berganda hebatnya dari sasuke yang ak dok minat bebeno dulu tu..Baginda sangat sangat sangat dan sangat hebat dalam memperjuangkan Islam..kadang2 kita sebagai manusia biasa sering terlupa akan segala yang baginda lakukan untuk kita umatnya..sedangkan jasa ibu bapa kat kita pun kita senang2 je lupa,siap lawan balik cakap dorang, inikan pula seorang perwira yang dulunya sentiasa berkorban untuk agamanya yang tidak pernah kita jumpa..
 
itulah namanya manusia..tidak ada manusia yang sempurna di dalam dunia ini..kita selalu lalai dengan kemewahan dunia dan terleka untuk berselawat ke atasnya..aish, kome ni, sedo ler weyh, dunie dah nok kiamat dah haa (peringatan tuk diri teman jugok)..kadang2 kalau terlebih rajin nak mengelamun, ak terfikir la gak, pe la agaknya reaksi baginda kalau tengok anak2 muda zaman sekarang ni..mesti baginda kecewa sebab sampai ke nafas yang terakhir, baginda still ingat dan risau kan umat2 nya..tapi kita, sehari berapa kali kita ingat kat nabi?? bukan sahaja kepada nabi penghulu umat tapi kat ALLAH???
 
ak bukan nak tuduh sesape atau kate kat sesape la sebab ak pon cam tu gak..kalau dapat tengok cite korea especially running man, gelak berdekah-dekah, kalau time tu azan, siap cakap dalam hati ni, sat g ler semayang..ish3, kome jangan ler ngikut perangai ak ni hah, tak elok bebeno..yang penting mulai saat ini kita sama2 memotivasikan diri untuk melakukan sedikit perubahan, sikit2 lama2 jadi bukit, pas tu jadi gunung..in shaa Allah kalau kita ikhlas kan hati kerana-Nya, Dia akan bantu kita..yang penting kita berusaha..ALLAHUAKBAR !
 
 
 
                                                                    ~LOVE ALLAH~
 


Thursday, January 3, 2013

SETELAH SEKIAN LAMA

ASSALAMUALAIKUM~



alhamdulillah atas rahmat-Nya kerana masih lagi bernafas hingga ke hari ini dan meng-update blog yang setelah sekian lama berhabuk, bersawang, berembun dan macam2 ber- lg..

tiba2 hari ni terasa tangan ni cam gatai je nk menconteng-contang padahal ngah dalam mood exam ni..mungkin sebab banyak sangat study kot (konon)..setelah berabad lamanya tak meng-update blog ni, tak tahu la nak bercerita atau orang perak cakap bersoreh pasai pe..

                                     
                                         meh tengok gambo kucing ni kot2 de idea ke kn.. ^^

hermmmm~  sebelum mula bercerita selanjutnya, mari kita mulakan dengan BISMILLAH..semoga apa yang ditulis ni mampu memeberi manfaat kepada semua atau hanya untuk suka2 je (ntah pe2 ntah)..

mari kita bercerita pasal kehidupan. "Dalam masyarakat kita, ramai orang yang mengejar tujuan mereka dan berpendapat bahawa mereka akan mencapai makna kehidupan melalui usaha mereka." ( http://www.gotquestions.org/Melayu/makna-kehidupan.html ).. itu kata2 yang dipetik daripada web tersebut..kalau mengikut pembelajaran d universiti, setiap kata2 yang kita pinjam, ambil, cilok perlu disertakan dengan bukti yang sahih dari mana kita jumpa kata2 tersebut..kalau tak ia dikira plagiat dan mungkin hanya akan mendapat 5% (tu pun sebab markah kesian)..

mula2 rasa cam nak cerita sal kehidupan kat universiti nak yang makin kelam-kabut, lebang-libu sebab makin naik sem makin susah tahap antarabangsa..sem ni banyak yang 4 jam kredit rasa cam 24 jam nak kena ngadap buku je WALAUPUN (faham2 ler ^^)..sem ni banyak sangat cabaran, rintangan dugaan yang menimpa..sem ni banyak gaduh ngan kawan2 sal esaimen tapi alhamdulillah dah baik dah sebab kena faham situasi yang masing2 tension..

selalu sangat mengeluh sem ni sebab cam2 problemonorias hingga lalai yang sebenarnya setiap masalah tu adalah ujian dari-Nya sebab Dia nak tengok sama ada kita ni bila de masalah mengeluh lebih banyak atau cari jalan penyelesaian..seperti yang kita tau setiap ujian tu adalah tanda yang Dia sayang kat kita, ingat kat kita nak nak kn kita merasai erti kehidupan yang sebenar..sebab bila kita tak de sebarang masalah, kita mudah lalai dan leka dan cenderung untuk berfoya-foya..astagfirullah..


                             oleh itu, janganlah kalian bersedih atas masalah tersebut kerana Allah
                      sentiasa ada bersama kita dan setiap masalah tu mesti de jalan penyelesaiannya.




memandangkan hari semakin gelap, guruh semakin kuat, buku/slideshow menggamit-gamit untuk dibaca dan burger yang dibeli housemate tadi menari-nari untuk dimakan, dengan lafaz bismillah saya mengakhiri penulisan saya di sini walaupun banyak lagi sebenarnya nak tulis..t panjang sangat tak de sape lak nak baca..berpino-pino la pulok mate kome t yerk..baiklah,sampai di sini sahaja..assalamualaikum (tak jawab dosa, jawab sayang "ayat daripada maria elena")

                                                          ~LOVE ALLAH~

Sunday, January 8, 2012

RENUNGAN BERSAMA~

ASSALAMUALAIKUM..


“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”


- Surah Al-Baqarah ayat 286




“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg 


paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.”


- Surah Al-Imran ayat 139



“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam 


mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih 


daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan 


pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The 


Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”



“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan 


sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang 


yang khusyuk”


- Surah Al-Baqarah ayat 45




Janganlah kita mudah mengeluh kalau ditimpa sesuatu musibah..drp ayat2 kat atas ni kita tau pe yg kita alami, hadapi, tempuhi tu, adalah yg terbaik tuk kita..setiap perkara yang terjadi tu de hikmahnya...jngan senang2 je nk salahkan takdir..bersabar tu kan separuh drp iman...kita patutnya bersyukur ngn musibah yg datang sebab tu tandanya Allah ingatkan kita n nak tengok macam mana kita handle masalah tu..adakah ngan cara memaki hamun, mencarut o pakai bomoh???...setiap org de pilihan sendiri samada nak guna cara yg baik, yg diredhai Allah o cara yg x baik...


Nasihat ni di dedikasikan tuk diri sendri n kengkawan yg membaca..almaklumlah skang ni musim exam...de yg ngah tension tahap melampau, de yg duk hadap buku seven eleven (24 jam)...ak pown terasa tension n asyik mengeluh je kejenya...x baik sungguh...sepatutnya beristighfar ler, ni asyik aih, erm, ohh...kompius sungguh..pe2 pown, ingat!  SABAR TU SEPARUH DARIPADA IMAN  (*_*)


*mo0d berkobar-kobar coz x sabar nak balik...hehehehe...tp kena berjuang abis-abisan tuk exam dulu...


`haiyak!memanah ilmu-ilmu`


                                                              TERIMA KASIH ALLAH

Saturday, January 7, 2012

PEMBETULAN~

ASSALAMUALAIKUM


Post ni adalah post pembetulan tuk pos ak yg bertajuk 'BER-CONTENG-AN'..hal ini krn kwan ak berasa sedikit kompius ngan ayat ak yg ak xnk bercintun ngn yg bkn muhrim..t dia ingat ak nk bercintun ngn adik ak lak...astagfirullah.....maksud ak begini, ak nk cri suami bukan nak cari pakwe aka boyfrend aka kekasih...so, klu leh ak nk trus kawen je...bercinta lepas kawen...maknanya d situ, ak bercinta ngan suami ak yg dh muhrim...ak sedar yg ayt ak mmg bnyk yg lintang-pukang smpe de yg kompius...so sorry...sy x sengaja..huhe...


Ramai gak yg ckp mmg x logik la kalau nk kawen ngn org yg kta x cinta, t x bahagia la, susah nk serasi la, cam2 la...tp ak terpk, dulu opah ak kawen ngn atuk ak sbb keluarga yg uruskan, tp alhamdulillah, bahagia je...dulu ramai yg kawen atas pilihan keluarga tp bahagia, kurang kes cerai-berai ni...sekarang ni, ramai yg kawen atas pilihan sendiri, tp cerai jugak malah lg banyak dr dulu...ce kta pk balik sebab kita kawen tuh..niat kita kerana ALLAH atau kerana nafsu??...kalau niat kta ikhlas kerana ALLAH, insyaAllah semuanya akan berjalan lancar n bahagia tp klu ikutkn nafsu, harta, dunia????....


Semua org penah wat silap, termasuk ak...tp kita masih dberi kesempatan tuk berubah kan...so, gunakan peluang yg ada tu tuk kita berubah ke arah kebaikan...selagi kita hidup ni, cari lah peluang tuk berubah...ak pown perlukan bnyak perubahan...bak kata org la kan.. LELAKI YANG BAIK UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK...so,kalau kita nk suami yang baik,x kan la kita nk jadi jahat pulok..kita kena la berubah dulu, pas tu boleh ler stat usha2 dh...hehehe... ^_^ 


`lelaki yang nsem, x semestinya tuk perempuan yg cantik je`


~TERIMA KASIH ALLAH~

Thursday, January 5, 2012

~TUNANG~

Satu soalan, tahukah anda apakah maksud pertunangan? Menurut perspektif Islam, hubungan pertunangan berlaku apabila pihak lelaki meluahkan hasrat untuk memperisterikan seorang gadis atau wanita kepada wali perempuan tersebut dan hasratnya diterima. Bererti, walaupun tidak ada rombongan meminang, tidak ada huluran cincin bertatah permata atau belah rotan atau tidak ada dulang pelbagai bentuk hantaran, sekiranya hasrat seorang lelaki diluahkan kepada gadis pilihan dan dengan pengetahuan wali perempuan dan tidak ada apa-apa halangan mengenai hasrat tersebut maka secara jelas dan nyata, pertunangan telah berlaku. Masalahnya sekarang ini, ada pihak yang menjadikan pertunangan ini bagai satu majlis pra perkahwinan, diadakan kenduri besar-besaran dengan jemputan yang ramai bagaikan satu majlis perkahwinan. Memanglah tak salah cuma tidak menepati konsep pertunangan yang dianjurkan oleh Islam. Syariat menyuruh agar pertunangan menjadi satu perkara rahsia. Apabila sampai waktu dan tikanya untuk diijabkabulkan, barulah boleh pertunangan ini didedahkan. Apabila wajar dijadikan satu rahsia bererti hubungan yang wujud di dalam pertunangan juga bukanlah boleh diluahkan dengan jelas.


(copy n paste drp http://resipihidup-bersamasuzana.blogspot.com)

Kpd kawan2, kalau korang couple tp dh g jumpa parents pasangan anda dan mengatakan bahawa anda serius ngan ank dorg,mknanya anda sudah bertunang.. TAHNIAH.. jagalah tunang anda sebaik-baiknya dan semoga boleh d buat jd suami/isteri..walaupun dh bertunang, tetap kena jaga batas2 pergaulan ya.. INGAT!!



TERIMA KASIH ALLAH

ESOK EXAM~

ASSALAMUALAIKUM,


Dh lama tak melakukan percontengan d ruangan ini..biasalah bz ngan assignment n exam yg x agak..huhu..esok, 6/1/2012 iaitu tarikh yg bersejarah..ak akn menduduki peperiksaan yang pertama (FINAL) buat pertama kalinya d UNIMAS ni ha..excited de,cuak de,sedey de..cm2 la rasa yg bercampur gaul cam rojak pasembor...huhe...


'cuak cm ni tp ni versi haiwan'

                                                                                         
InsyaAllah ak akn cuba sehabis baik tuk menjawab solan2 yg bakal mendatang tu...ak akn berjuang berhabis-habisan sehingga ke dakwat pen yg terakhir...hehe..belajarkan 1 jihad juga... :)


'walaupun agak hiperbola tp sy akn berjuang seperti ini'

Semoga sy dan kawan2 dapat menjawab soalan peperiksaan dengan mudah dan mendapat keputusan yang baik..x lupa juga semoga kita orang semua akn dpt duk dalam kolej yg indah permai ni tuk sem depan..AMIN..


p/s : kepada rumate ku tersayang..kalau kamu terbaca post ini,sy ingin menyatakn bahawa sy de komen kt blog kamu tp nape xleh nk post..sy sudah cuba berkali-kali..huhu...




                           ~TERIMA KASIH ALLAH~

Tuesday, December 13, 2011

BER-CONTENG-AN

ASSLAMUALAIKUM...


Dh lama x menconteng blog ni...huhu...ri ni terasa nk menconteng la plak...hihi...mlm ni nk cte sal life ak yg terbaru...  :)


Mlm ni cm mlm2 yg lainnya...ak still tunggu dia..bila la dia nk online ni...huhu...mengharap n terus mengharap...tp ak tgk org lain yg ak rsa menyampah nk tgk lak yg online...ciap tgur lg...aish~~  lain lak yg muncul...ak confuse la...nape ak tggu dia ea????...kita org hanya la kawan baik je n kalau boleh memang x nk de pe2 perasaan yg lebih pn kt dia...sius ak x suka dia tp....................


Keadaan cm ni wat kan ak rasa bersalah kt 'dia'....huhu...ak sendiri x pasti ngan perasaan ak....ak hanya mampu minta petunjuk dari-NYA agar dia menjauhkan ak drp melakukan perkara yg bukan2...jauhkn ati ak untuk  bercinta dengan yg bukan muhrim...ak percaya ni semua hanyalah ujian Allah tuk melihat tahap keimanan ak...


AK XNAK JD COUPLE CM NI

AK NK CM NI, YG DAH DE IKATAN YG SAH



Mlm yg jiwang karat tangkap leleh sikit...weeee~~~




                                          ~terima kasih ALLAH~