Assalamualaikum,
Tak dapat disangkal lagi walau dengan apa cara sekali pun bahawasanya (wujud ke perkataan ni?) yang penantian itu satu perkara yang sangat menyeksakan menyenakkan menyusahkan dan man united. Semalam hati berbunga-bunga walaupun macam krik krik. Ahahahaha. Nak tahu sebab ape?? Sebab dua-dua sengal dalam fon bukan main sembang macam pergh walaweyh fulamak akrab. Bila jumpa hamik kau kelu lidah tak terkata. Cakap dua tiga patah boleh kira pakai jari belah kanan sahaja. Brrrrrrr.
So apa kena mengena tajuk ni ngan kisah semalam. Hah! Bukan kisah semalam yang aku nak kupaskan pun. Itu cuma penyedap perenggan je. Sebenarnya aku tunggu wassap dari dia. Dah 24 jam setengah dah tak de kabo berita pongggg. Ntah-ntah dia tak suka aku kot yakk. Senyap je. Aku jela yang cam terhegeh-hegeh. Ermmm dah agak dah. Tu la orang tua-tua ada cakap hidung tak mancung pipi tersorong-sorong (eh, betul ke? Tak hengat aku).
Dari pagi tadi tunggu. Ermmm. Dah la. Makin dipikio makin lapo pulak aku. Shengal.