Saturday, January 5, 2013

ASSALAMUALAIKUM~


pada petang2 cam gini memang susah sangat nak masuk kalau menela'ah pelajaran, nak keluar rasa cam malas dan tak ada sape pon nak teman..nak tidur, tak elok tidur pas asar..nak meronggeng fesbuk, cam dah tak de benda je..lastly, ak dok melayan blog ler jawabnya..weehhhuuuuuuuuuu~

 
ala tomei2 ^^
 
 
tiba2 keluar pulak gambar baby..hari ni ak bukan nak bercerita sal mana2 bayi yang ada di muka bumi ini..saje je nak letak sebab nampak comei giler tahap melampau kannn..hehe
 
hari ini ak merajinkan jari-jemari ku yang runcing ni untuk menari-nari di atas keyboard dengan indahnya sambil mendengar jiran ak duk melalak kat luar tu cam suara dia paling sedap sekali seantero dunia dan cam membuatkan ak rasa nak baling selipar terus meresap kat kerongkong dia..(sabo je ler)
 
hari ini ak rasa cam nak jadi cikgu lak..nak mengajo orang..memandangkan ak ni duk bilik single,memang sah ak sengsorang je dalam bilik ni dan kompius nak cakap ngan sape..so, ak dah ambli keputusan tuk mengajar dalam blog atau dengan bahasa scientific nya menulis di dalam blog..
 
walaubagaimanaponnnn, ak tetap rasa tak puas hati kat jiran ak yang kali ni duk pasang lagu kuat2 cam dia sorang je bayo duit bilik..dugaan2 di minggu exam..terima dengan penuh kesabaran dan senyuman hingga ke telinga k..jangan marah2 sebab t tak de orang nak ngorat.. (hurrggggghhhhh)
 
 
 
 

 
harap ak masih mampu bersabar agar tak jadi cam ni.
 
 
okey, okey dan okey..lupakan sal jiran yang tak reti nak hidup aman bersama jiran2 yang lain atau erti kata lain, tak menghormati jiran..aha!..dimulakan dengan bismillah, mari kita belajar mengenai group dynamic & work teams. mula2 kita cite sal group.. apa itu group?? (toink toink)..group tak kan terbina kalau kita sengsorang je, ye idok?..group ni mesti lah penyatuan di antara 2 orang atau lebih, guna english la sebab blajo dalam english..hehe..group is collection of 2 or more interacting individual who maintain stable pattern in relationship, share common goal & perceive themselves as a group..yang di-higlight-kan tu adalah point yang perlu, harus dan wajib ditulis jika soalan tersebut ditanya di dewan pepepepeperiksaan..
 
olrite, sekarang dengan berhati-hati nya kita cite sal teams lak k..teams is group whose member have complimentary skills & are committed to a common purpose or set of performance goals for which they hold themselves mutually accountable..tu la dia maknanya tuk teams..aku sebenarnya kompius gak ngan word2 yang berbelit-belit ni ha..padahal leh je kalau guna kefahaman sendiri dan secara rasional..tetapi kalau lah tak tulis point2 penting yang diperlukan, markah akan tertolak..so, nak tak nak kena lah hapei..
 
aku ingat dan terfikir nak tulis la lagi pepanjang tapi jari-jemari ak yang runcing ni dah tak nak menari dah..mungkin sebab dari tadi dok mnela'ah sampe tetido membuatkan mata ak berpino-pino tengok note ni ha..oleh hal yang demikian,moh ler kita merehatkan minda dan mata lagi pula azan maghrib tidak lama lagi akan berkumandang di kawasan ak dok ni dan sewaktu dengan nya..ayoh lah sama2 mempersiapkan diri tuk menghadap-Nya..assalamualaikum~
 
 
 



 
~LOVE ALLAH~


Friday, January 4, 2013

MENGENAI DIA~

ASSALAMUALAIKUM~


ni lah akibatnya bila setelah berkurun lama x update blog, sekali dah update, 10 minit kemudian rasa nak update lagi tapi kena kuatkan semangat tahan nafsu tu supaya jangan asyik nk update je..aish3~

pada pagi yang indah permai disirami cahaya mentari yang bersinar-sinar menembusi celahan tingkap, saya nak bercerita sal 'dia'..mesti kalau de yang baca title ingat 'dia' tu bakai laki ka, pakwe ka kan3??..tapi yang sebenarnya bukan..'dia' adalah SASUKE !..hehe..

 
this is him ^^
 
ramai kawan2 yang duk tanya 'sal pe la yang dok minat sangat kat sasuke ni ha??..katun je pon'..jawapan ak tuk persoalan itu adalah jeng-kejeng-jeng-jeng, 'sebab sasuke comei..hehe'..ak memang dari dulu zaman tok kaduk lagi minat kat sasuke,kalau boleh semua benda yang de sasuke nak beli, siap waktu kat matrik dulu pesan kat mak suh cari cadar gambo sasuke..wat kena gelak ngan mak je..kalau ade pon memang mak tak kan beli punya lah..
 
walaupun mengikiut dalam anime naruto yang sasuke ni adalah jahat dan sangat pasif tapi t last2 dia jadi baik gak ler..ak minat kat dia lebih disebabkan ke-pasif-an dia tu la..TATAPI, setelah umurrrr semakin meningkat ni, ak dah mula sadari bahawasanya tak de gunanya nak minat fanatik tahap melampaui kebatasan kat kartun2 cam ni haaaa..
 
kan lebih indah,lebih molek,lebih cantik kalau kita minat kat seseorang yang betui2 wujud dan kita tahu kehebatannya secara realiti..dan orang yang aku maksudkan adalah NABI MUHAMMAD..mesti kalau de yang dok baca post ak ni akan cakap dalam hati 'hek eleh,bajet je la hai..nak tunjuk baik ler tuuuuuu'..astagfirullah..tak baik tau buruk sangka, cepat buang perasaan cam tu jauh2..niat di hati tak de pon nak tunjuk baik ke,sopan-santun ke,hape ke, cuma nak berkongsi dan beri kesedaran kepada diri sendiri jeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..
 
kalau nak diikutkan, Nabi Muhammad tu lagi berganda hebatnya dari sasuke yang ak dok minat bebeno dulu tu..Baginda sangat sangat sangat dan sangat hebat dalam memperjuangkan Islam..kadang2 kita sebagai manusia biasa sering terlupa akan segala yang baginda lakukan untuk kita umatnya..sedangkan jasa ibu bapa kat kita pun kita senang2 je lupa,siap lawan balik cakap dorang, inikan pula seorang perwira yang dulunya sentiasa berkorban untuk agamanya yang tidak pernah kita jumpa..
 
itulah namanya manusia..tidak ada manusia yang sempurna di dalam dunia ini..kita selalu lalai dengan kemewahan dunia dan terleka untuk berselawat ke atasnya..aish, kome ni, sedo ler weyh, dunie dah nok kiamat dah haa (peringatan tuk diri teman jugok)..kadang2 kalau terlebih rajin nak mengelamun, ak terfikir la gak, pe la agaknya reaksi baginda kalau tengok anak2 muda zaman sekarang ni..mesti baginda kecewa sebab sampai ke nafas yang terakhir, baginda still ingat dan risau kan umat2 nya..tapi kita, sehari berapa kali kita ingat kat nabi?? bukan sahaja kepada nabi penghulu umat tapi kat ALLAH???
 
ak bukan nak tuduh sesape atau kate kat sesape la sebab ak pon cam tu gak..kalau dapat tengok cite korea especially running man, gelak berdekah-dekah, kalau time tu azan, siap cakap dalam hati ni, sat g ler semayang..ish3, kome jangan ler ngikut perangai ak ni hah, tak elok bebeno..yang penting mulai saat ini kita sama2 memotivasikan diri untuk melakukan sedikit perubahan, sikit2 lama2 jadi bukit, pas tu jadi gunung..in shaa Allah kalau kita ikhlas kan hati kerana-Nya, Dia akan bantu kita..yang penting kita berusaha..ALLAHUAKBAR !
 
 
 
                                                                    ~LOVE ALLAH~
 


Thursday, January 3, 2013

SETELAH SEKIAN LAMA

ASSALAMUALAIKUM~



alhamdulillah atas rahmat-Nya kerana masih lagi bernafas hingga ke hari ini dan meng-update blog yang setelah sekian lama berhabuk, bersawang, berembun dan macam2 ber- lg..

tiba2 hari ni terasa tangan ni cam gatai je nk menconteng-contang padahal ngah dalam mood exam ni..mungkin sebab banyak sangat study kot (konon)..setelah berabad lamanya tak meng-update blog ni, tak tahu la nak bercerita atau orang perak cakap bersoreh pasai pe..

                                     
                                         meh tengok gambo kucing ni kot2 de idea ke kn.. ^^

hermmmm~  sebelum mula bercerita selanjutnya, mari kita mulakan dengan BISMILLAH..semoga apa yang ditulis ni mampu memeberi manfaat kepada semua atau hanya untuk suka2 je (ntah pe2 ntah)..

mari kita bercerita pasal kehidupan. "Dalam masyarakat kita, ramai orang yang mengejar tujuan mereka dan berpendapat bahawa mereka akan mencapai makna kehidupan melalui usaha mereka." ( http://www.gotquestions.org/Melayu/makna-kehidupan.html ).. itu kata2 yang dipetik daripada web tersebut..kalau mengikut pembelajaran d universiti, setiap kata2 yang kita pinjam, ambil, cilok perlu disertakan dengan bukti yang sahih dari mana kita jumpa kata2 tersebut..kalau tak ia dikira plagiat dan mungkin hanya akan mendapat 5% (tu pun sebab markah kesian)..

mula2 rasa cam nak cerita sal kehidupan kat universiti nak yang makin kelam-kabut, lebang-libu sebab makin naik sem makin susah tahap antarabangsa..sem ni banyak yang 4 jam kredit rasa cam 24 jam nak kena ngadap buku je WALAUPUN (faham2 ler ^^)..sem ni banyak sangat cabaran, rintangan dugaan yang menimpa..sem ni banyak gaduh ngan kawan2 sal esaimen tapi alhamdulillah dah baik dah sebab kena faham situasi yang masing2 tension..

selalu sangat mengeluh sem ni sebab cam2 problemonorias hingga lalai yang sebenarnya setiap masalah tu adalah ujian dari-Nya sebab Dia nak tengok sama ada kita ni bila de masalah mengeluh lebih banyak atau cari jalan penyelesaian..seperti yang kita tau setiap ujian tu adalah tanda yang Dia sayang kat kita, ingat kat kita nak nak kn kita merasai erti kehidupan yang sebenar..sebab bila kita tak de sebarang masalah, kita mudah lalai dan leka dan cenderung untuk berfoya-foya..astagfirullah..


                             oleh itu, janganlah kalian bersedih atas masalah tersebut kerana Allah
                      sentiasa ada bersama kita dan setiap masalah tu mesti de jalan penyelesaiannya.




memandangkan hari semakin gelap, guruh semakin kuat, buku/slideshow menggamit-gamit untuk dibaca dan burger yang dibeli housemate tadi menari-nari untuk dimakan, dengan lafaz bismillah saya mengakhiri penulisan saya di sini walaupun banyak lagi sebenarnya nak tulis..t panjang sangat tak de sape lak nak baca..berpino-pino la pulok mate kome t yerk..baiklah,sampai di sini sahaja..assalamualaikum (tak jawab dosa, jawab sayang "ayat daripada maria elena")

                                                          ~LOVE ALLAH~