ASSALAMUALAIKUM~
alhamdulillah atas rahmat-Nya kerana masih lagi bernafas hingga ke hari ini dan meng-update blog yang setelah sekian lama berhabuk, bersawang, berembun dan macam2 ber- lg..
tiba2 hari ni terasa tangan ni cam gatai je nk menconteng-contang padahal ngah dalam mood exam ni..mungkin sebab banyak sangat study kot (konon)..setelah berabad lamanya tak meng-update blog ni, tak tahu la nak bercerita atau orang perak cakap bersoreh pasai pe..
meh tengok gambo kucing ni kot2 de idea ke kn.. ^^
hermmmm~ sebelum mula bercerita selanjutnya, mari kita mulakan dengan BISMILLAH..semoga apa yang ditulis ni mampu memeberi manfaat kepada semua atau hanya untuk suka2 je (ntah pe2 ntah)..
mari kita bercerita pasal kehidupan. "Dalam masyarakat kita, ramai orang yang mengejar tujuan mereka dan berpendapat bahawa mereka akan mencapai makna kehidupan melalui usaha mereka." ( http://www.gotquestions.org/Melayu/makna-kehidupan.html ).. itu kata2 yang dipetik daripada web tersebut..kalau mengikut pembelajaran d universiti, setiap kata2 yang kita pinjam, ambil, cilok perlu disertakan dengan bukti yang sahih dari mana kita jumpa kata2 tersebut..kalau tak ia dikira plagiat dan mungkin hanya akan mendapat 5% (tu pun sebab markah kesian)..
mula2 rasa cam nak cerita sal kehidupan kat universiti nak yang makin kelam-kabut, lebang-libu sebab makin naik sem makin susah tahap antarabangsa..sem ni banyak yang 4 jam kredit rasa cam 24 jam nak kena ngadap buku je WALAUPUN (faham2 ler ^^)..sem ni banyak sangat cabaran, rintangan dugaan yang menimpa..sem ni banyak gaduh ngan kawan2 sal esaimen tapi alhamdulillah dah baik dah sebab kena faham situasi yang masing2 tension..
selalu sangat mengeluh sem ni sebab cam2 problemonorias hingga lalai yang sebenarnya setiap masalah tu adalah ujian dari-Nya sebab Dia nak tengok sama ada kita ni bila de masalah mengeluh lebih banyak atau cari jalan penyelesaian..seperti yang kita tau setiap ujian tu adalah tanda yang Dia sayang kat kita, ingat kat kita nak nak kn kita merasai erti kehidupan yang sebenar..sebab bila kita tak de sebarang masalah, kita mudah lalai dan leka dan cenderung untuk berfoya-foya..astagfirullah..
oleh itu, janganlah kalian bersedih atas masalah tersebut kerana Allah
sentiasa ada bersama kita dan setiap masalah tu mesti de jalan penyelesaiannya.
memandangkan hari semakin gelap, guruh semakin kuat, buku/slideshow menggamit-gamit untuk dibaca dan burger yang dibeli housemate tadi menari-nari untuk dimakan, dengan lafaz bismillah saya mengakhiri penulisan saya di sini walaupun banyak lagi sebenarnya nak tulis..t panjang sangat tak de sape lak nak baca..


No comments:
Post a Comment