petang ni cite topik hangat iaitu BALAS DENDAM !..ak sangat memahami yg semua manusia dalam dunia ni tak sempurna, tak kira la dia orang melayu ka, cina ka,pakistan ka, zimbabwe ka, kita semua sama je..yg membezakan adalah agama,warna kulit dan akidah kita..
ak cuma tak faham la kenapa mereka-mereka yg berkenaan nak balas dendam kat seseorang tu????..benda ni telah terjadi kat ak..al-kisahnya begini, beberapa hari yg lalu, de seorang kawan ni send mesej kat ak, tapi ak tak reply sebab time tu de keje lain dan salah ak gak la sebab bila dah balik umah tak reply gak sebab masalah terlupa (samada ak termakan semut or faktor usia yg semakin meningkat)..
nak dijadikan cerita ni lebih menarik tertarik da bomb!..'kawan' ak ni duk update lak kat fb cakap sal orang tak reply mesej..cam ni ke kawan??????..kalau dia rasa tak puas hati dan dia gelar dia sebagai seorang kawan, dia tak kan wat cam tu..tapi dia akan nasihat atau luahkan secara depan-depan..tak perlu la nak perli-perli dalam fb bagai...marah ni,marah
`berasap-berasap`
kemudian, sekarang ni dia dah tak reply sangat mesej ak..nampak tak macam nak balas dendam d situ..ak mengaku mungkin salah ak gak sebab tak reply mesej dia tapi ak tak reply bersebab,bukan sengaja..untuk mengelakkan pertengkaran berlaku, ak pun positif kan lah diri..mungkin dia tak reply mesej ak sebab dia tertido,p basuh baju pas tu fon dia termasuk dalam baldi tu sekali,tak pun la kan mesti sebab dia tak kredit (alasan biasa)..
setiap manusia de melakukan kesalahan dan ak pun pernah wat salah kat dia..untuk mengelakkan muka ak berkedut,ak kena sentiasa fikir positif dan senyum sokmo..tak leh nak marah-marah ye dok..mungkin disebabkan perasaan marah tu yg membuatkan dia rasa nak balas dendam kat ak..sabar tu kan separuh daripada iman, so lebih baik ak terus bersabar dan biarkan apa yg dia nak wat..in shaa Allah de ganajaran untuk orang yg bersabar dengan setiap dugaan yg mendatang.. ^^
^^
`LOVE ALLAH`








