Thursday, January 5, 2012

~TUNANG~

Satu soalan, tahukah anda apakah maksud pertunangan? Menurut perspektif Islam, hubungan pertunangan berlaku apabila pihak lelaki meluahkan hasrat untuk memperisterikan seorang gadis atau wanita kepada wali perempuan tersebut dan hasratnya diterima. Bererti, walaupun tidak ada rombongan meminang, tidak ada huluran cincin bertatah permata atau belah rotan atau tidak ada dulang pelbagai bentuk hantaran, sekiranya hasrat seorang lelaki diluahkan kepada gadis pilihan dan dengan pengetahuan wali perempuan dan tidak ada apa-apa halangan mengenai hasrat tersebut maka secara jelas dan nyata, pertunangan telah berlaku. Masalahnya sekarang ini, ada pihak yang menjadikan pertunangan ini bagai satu majlis pra perkahwinan, diadakan kenduri besar-besaran dengan jemputan yang ramai bagaikan satu majlis perkahwinan. Memanglah tak salah cuma tidak menepati konsep pertunangan yang dianjurkan oleh Islam. Syariat menyuruh agar pertunangan menjadi satu perkara rahsia. Apabila sampai waktu dan tikanya untuk diijabkabulkan, barulah boleh pertunangan ini didedahkan. Apabila wajar dijadikan satu rahsia bererti hubungan yang wujud di dalam pertunangan juga bukanlah boleh diluahkan dengan jelas.


(copy n paste drp http://resipihidup-bersamasuzana.blogspot.com)

Kpd kawan2, kalau korang couple tp dh g jumpa parents pasangan anda dan mengatakan bahawa anda serius ngan ank dorg,mknanya anda sudah bertunang.. TAHNIAH.. jagalah tunang anda sebaik-baiknya dan semoga boleh d buat jd suami/isteri..walaupun dh bertunang, tetap kena jaga batas2 pergaulan ya.. INGAT!!



TERIMA KASIH ALLAH

No comments:

Post a Comment