Tuesday, September 24, 2013

MY LIFE NOW

ASSALAMUALAIKUM . . .

argghhhhh ! ! .. nampak tak betapa aku stress nya sekarang ni.. macam-macam benda la nak duk fikir sekarang ni.. mana nak fikir sal final year project, assignment, kuiz, klas, suami ( okey yang last tu memang tipu ).. boleh pitam makcik dibuatnyaaaa (tapi tak pernah pitam lagi la setakat ni )..

okey, sekarang ni aku dah senior dalam erti kata lain final year student la kan, so memang banyak kerja yang perlu dilaksanakan tetapi setakat ni aku still boleh handle la.. still okey cuma kadang-kadang tu rasa macam tak terurus gak la kan.. aku rasa cam nak amik seorang personal assistant yang boleh tolong aku ( okey, propa lebeyy ).. kengkadang tu rasa gak la macam hidup ni dilanda badai yang menghentam pantai ( ayat sastera dah keluar ).. 

walaubagaimanapun walhal yang demikian ( lagi sekali ayat bunga-bunga sastera tahap tinggi ) , aku rasa atau dengan lebih tepatnya bukan aku seorang jela dalam dunia ni yang mengalamni perkara-perkara seperti ini kannnn.. padan muka korang sebab kena buat banyak benda.. muahahahahha ( gelak untuk aku gak ).. 

tapi aku bersyukur la sebab ak de kengkawan yang leh jadi tempat aku nk mengadu nasib.. uhuk.. at least dorang ni boleh la kasi nasihat serba-sedikit walaupun tak sehebat kaunselor.. hehe.. kepada pakcik polis, kalau ko baca pos ni, ko pun kira termasuk dalam senarai tu la.. nampak tak betapa baiknya aku sebab mention ko kat sini ( ko jangan nak perli-perli aku eaa ).. huheeee.. daripada aku terus melalut entah apa ke benda, its better if i stop here ( english education ).. semoga hidup anda berbahagia dan tidak berada dalam keserabutan yang melampaui batas kepada sesiapa yang membaca.. wwwweeeeeeeeeeeeee~


                           `LOVE ALLAH`

Friday, September 13, 2013

NIAT DI HATI

ASSALAMUALAIKUM..

malam ni tiba-tiba tergerak hati nak update blog.. mungkin sebab rasa sunyi sebab seorang roomate tidur, seorang lagi tak ada dekat bilik sebab tidur rumah kawan dia, aku pulak dari tadi duk hadap laptop sampai macam nak tembus p masuk bilik sebelah tembus lagi p dinding belah sana.. aku sebenarnya tengah mencuba membuat mini assignment yang diberi oleh lecturer tapi tak tau pasai apa duk susah sangat idea tu nk maiii.. mungkin sebab hari tu kat rumah duk makan tidur je kejenya sampaikan terlupa nak exercise otak yerkkk.. hotakkkk ! !

okeyyyyy okeyyy okeyyyy.. sebelum terus melalut pasai otak-meng'otak' ni.. better i straight forward dont belok-belok kepada topik utama yang ingin di tulis d sini.. aku ni secara tiba-tiba bukan bermula pada detik ini la,sebenarnya dah berkurun lama dah ada niat yang sebegini rupa.. huuhee..

niatnya ialah tiba-tiba aku rasa macam tak nak keje je pas aku habis study ni dan lebih spesifiknya selepas berkahwin.. benda ni tetiba muncul dalam hati aku lepas aku tengok wanita hari ini dekat tv3 ri tu.. ha, dorang de interview seorang wanita ni.. dia duk cite la yang dia dan suami yg terchenta bekerja.. dia ni terlalu tak de masa ngan family sampai la suami dia tu berubah hati.. tetapi la kan nasib baik la diaorang ni cepat sedar dan perbetulkan balik hubungan yang hampir retak 1001 tu..

wanita tu berkorban, dia berhenti kerja semata-mata untuk menjaga rumah tangga yang disayanginya itu.. nampak tak kat si tu apa yang telah terjadi.. aku takut benda yang sama akan terjadi dekat aku gak.. aku tak nak la cam tu kan.. kalau boleh aku nak bersama dengan bakal suami aku tu sampai ke syurga.. tak nak hujan di tengah hari.. wahhhh, hambik ko ayat macam karang novel la pulakkk..

bagi pendapat aku la kan, aku akan ikut je cakap suami aku nanti.. kalau dia tak nak aku keje, aku tak keje la dan dia mesti la sanggup bayar PTPTN aku.. wuhehehe.. tapi kalau dia nak aku bekerja untuk bantu ekonomi, aku sanggup je.. nampak tak betapa bakal jadi isteri solehahnya aku ni.. (perasan sikett)

tetapi kan aku takut gak buatnya aku dapat suami yang langsung tak bertanggungjawab dan aku tak bekerja hanya mengharapkan dia jeeee.. aiseyman, memang buntu la kalau macam tu knnnnnn ? ?.. tetapi setelah dipikir-pikir secara mendalam dan terperinci, aku tak seharusnya lupa akan DIA yang sentiasa 24/7 akan bersama dengan aku tak kira masa apa sekali pun.. oleh hal yang demikian (ayat sastera), aku perlu la sentiasa berdoa semoga mendapat jodoh yang baik yang akan menghargai aku dan yang akan bersama dengan aku selama-lamanya.. AMIN.. ^^

                                       `LOVE ALLAH`

Wednesday, September 11, 2013

ALONE

ASSALAMUALAIKUM..

secara officialnya ak dah jadi pelajar tahun 3, T.I.G.A yg bermakna FINAL YEAR STUDENT ! ! . . oyeah ! i am senior big senior ! muahahahaha.. hari 1st p klas muka memang bangga mendongak ke langit sebab semua junior pandang hormat n soalan ni mesti akan keluar dari mulut diaorang "akak, tempat ni kat mana ye?".. maka kami para senior tahun akhir dengan profesionalnya menjawab dan confidentnya memberi petunjuk.. kalau la tersalah maapkan kami ye adik-adik junior.. muehehehehe

okay balik ke topik asal yang ak nak cuba sampaikan di sini.. sekarang ni ak tinggal dekat luar sebab kena tendang, kick out, campak beg dari kolej.. kisahnya begini, ak duduk dekat luar ni dengan ex-housemate ak dan kengkawannya.. so,kiranya ak tak de kawan la nak ke klas.. ni kira 1st time ak la jln p klas sorang-sorang.. hukhek (menangis cam budak kecik) mula-mula tu cuak ke bebeh gak la tapi setelah melaluinya untuk beberapa hari ni ak rasa best pulak.. nak tau sebab-musababnya ? ? jeng ke jeng jeng p0oom p00om 

1- bila jalan sorang-sorang ni macam-macam yang kita boleh pikiaq.. kita boleh muhasabah diri.. rasa lebih tenang dan rasa lain la.. ak suka sangat perasaan tu..

2- ak dapat tengok keindahan ciptaan ALLAH.. orang cakap jauh perjalanan luas pemandangan ye dok.. kira macam kita dapat explore something.. ada yang cakap jalan sorang-sorang ni bahaya tapi ak yakin ALLAH sentiasa ada dengan ak.. even kalau ak jalan dengan 10 orang sekali pun tapi dah tertulis yang sesuatu tu akan jadi, tetap akan terjadi..

3- ak dapat jumpa dengan ramai orang.. even tak tegur tapi ak menghadiahkan mereka dengan 1 senyuman yang indah meletop gitu dan ak dah dapat pahala (kalau ngan lelaki idok lerr).. oyeah ! setiap hari ak akan bertembung atau berselisih dengan orang yang berbeza-beza, klu de yang permah tu tegur la leh tambah kawan knnnnnn.. heheh

ak rasa buat masa ni tu je la kot sebabnya.. gaya tulis kat atas macam banyak sangat bertimbun-timbun tapi yang de 3 je pong.. huheeee..


                                              `LOVE ALLAH`

Friday, September 6, 2013

HOME SWEET HOME~

ASSALAMUALAIKUM..

pejam celik pejam celik,makan tidur sudah hampir berakhir cuti semester ak..huarghhhh!..gue enggak mau pulang lagi..


                                                `seriously rasa cam nak wat muka cam ni`

memey rasa cepat bebeno jela aih masa ni berlalu pergi meninggalkan ak..ak still tak ready lagi nak balik u..padahal dh 3 bulan gak bersantai d rumahku syurgaku ni..terasa bagaikan mutiara halus ingin mengalir mencurah-curah ke bumi..wuwuwuwuwuwu~ kesabaran kesahajaan jelah terhadap diriku yg kerdil ini..

sambil menenangkan diri dengan mendengar lagu-lagu nasyid yg mampu membuat diri kerdil ini berasa tenang dan bahagia di samping keluarga tercinta ak mendapat idea untuk mengupdate belog pada malam ini..huehuehue~

ak masih perlu masa tuk berada di rumah..perlu masa untuk tidoq lama,makan banyak-banyak..hikhikhik..kalau mak ak baca memey kena la jawabnya.. ^^

                    `LOVE ALLAH`



Saturday, August 24, 2013

C.I.N.T.A

ASSALAMUALAIKUM..

pagi ni tergerak hati nak update blog.. as usual kalau ak update blog mesti de something yang mengganggu pikiran ataupun ak berasa perlu bercerita atau ntah pe pe je la..hukheekkkk

C.I.N.T.A 1 perkataan yang membawa 10001 makna..ak pernah bercinta pernah rasa disayangi pernah menyayangi seseorang yg bukan muhrim suatu ketika dahulu.. ALHAMDULILLAH ak rasa sangat sangat dan sangat bersyukur kerana ALLAH telah menyedarkan ak yang perasaan cinta ak terhadap si dia tidak harus diteruskan..

ak bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk bertaubat dan menyerahkan cinta ak kepada yang lebih berhak.. namun,ak masih manusia biasa yang akan dihasut oleh syaiton-syaiton.. kadang-kadang ak rasa cemburu melihat kawan-kawan yang ber'couple' dan terasa nak seperti itu jugak n sangat melampau jeles tengok kawan-kawan yang dah bertunang atau berkahwin.. aku gak rasa nak cam tu sebab kadang-kadang rasa sweeeettt je tengok diaorang ngan pasangan masing-masing.. wuwuwuwuwu~

astaghfirullah.. bagi pendapat ak perasaan cinta dan kasih sayang tu indah tapi sebagai manusia kita haruslah pandai mengawalnya agar tidak terlalai dan sesat.. kadang-kadang ak de terfikir kenapa kita atau lebih spesifiknya ak tak leh nak terima someone yang betul-betul sayangkan kita?? kenapa kita atau lebih spesifiknya ak tak leh je terima dia tu?? kenapa still nak menunggu someone yang ntah suka ntah tak kat kita?? 

kalau boleh ak nak buang perasaan ni jauh-jauh sebab benda ni pun boleh wat ak stress jugekkk.. wuwuwuwuwu~ ak perlukan kekuatan yang extra maksimum supaya ak dapat fokus kepada yang mencipta semesta alam ini.. insha-Allah ^^

                      ~LOVE ALLAH~

Friday, June 7, 2013

rumah sakit~

ASSALAMUALAIKUM . . .

salam sejahtera kepada semua . again, lama x update blog sebab bnyak kekangan . kadang-kadang ak rasa ak ni ngah ambik medik lak . banyak beno la aih benda nak kena buat . hari ni ialah 7/6/2013 d mana ak berada dalam mood study week tp cam x berapa  nk study jew .

                             
                                                      `cam ni la muka malas nak study`

okey, fokus ! bukan nak cite sal malas nak study tapi nak cite sal ak rumah sakit . ya Allah, ak sangat rindu mak,opah,ayah,adik,abang,tacik,pah long,haziq,mak ikin,mak nor,kazen2,pok2 sedare dan ramai lagi . hanya tuhan je yg tau cam ne perasaan ak skang ni . meluap-luap giler nak baliknya . 

antara sabab-musabab lain adalah sem ni banyak sangat dugaan dan ujian yg Allah beri . alhamdulillah ak bersyukur sebab setiap ujian tu maknanya Dia ingat kat ak . so, in shaa Allah tidak sekali-kali untuk ak lupakan Dia . niat di hati ak nak sangat berubah menjadi yg lebih baik tapi kadang-kadang ak duk rasa ak x bersedia lagi . tapi bila di fikir balik sampai bila nak bersedianya?? dah nak mati nanti? astaghfirullah .

bukan mudah untuk berubah ke arah kebaikan . pelbagai pengorbanan, cabaran dan dugaan yg perlu kita tempuh . tambah-tambah pada la ni . ak kena perkuatkan perketatkan dan permantapkan iman ak dulu . kalau lah ak x wat semua tu, hancus weyh, hancus .

ya Allah, bnyknya dosa ak . kadang-kadang ak rasa mampu ke ak nak ke syurga-Nya ? ?

ak terasa sangat nak balik sebab ak perlukan adik-adik ak tuk wat lawak, kacau dorang sampai dorang marah . dengan cara tu je ak rasa leh tersenyum gembira . dengan cara tu je ak rasa hidup ak ceria . tapi ak tetap bersyukur sebab ak de kawan-kawan yang akan menceriakan hidup ak . walaupun dorang tak nampak air mata yg mengalir tapi dorg still boleh wat ak tersenyum dan memahami ak . ^^

ak tak de pakwe cam orang lain yang dorang boleh cerita segala masalah dorang tapi ak ada Allah . Dia lebih berharga dan bermakna dalam hidup ak . Dia tak pernah sesekali lupakan ak atau tinggalkan ak . 


sy sayang Allah <3

LOVE ALLAH


AKU YANG LEMAH~

YA ALLAH
AKU ADALAH HAMBA-MU YANG LEMAH
SERING LEKA DAN LALAI
SERING MENINGGALKAN SYARIAT-MU.

YA ALLAH
MAMPUKAH HATI INI TERUS ISTIQAMAH
UNTUK KE JALAN YANG DI REDHAI-MU
APAKAH AKU MASIH BELUM TERLAMBAT
UNTUK KE SYURGA-MU.

YA ALLAH
DOSAKU IBARAT PEPASIR DI PANTAI
YANG SENTIASA ADA WALAU DI PUKUL BADAI
MAMPUKAH AKU YA ALLAH?

YA ALLAH
BANTULAH HAMBA-MU YANG HINA INI
AKU PERLUKAN BIMBINGAN UNTUK KE SYURGA-MU
KIRIMKANLAH DAKU IMAM YANG TERBAIK DARI SISI-MU
YANG MAMPU MEMIMPIN TANGANKU KE JALAN-MU.

YA ALLAH
IKHLASKANLAH HATI INI MELAKUKAN SETIAP PERKARA HANYA KERANA-MU
TABAHKANLAH HATI INI MENEMPUH UJIAN-MU
JAUHKANLAH DIRI INI DARI GODAAN SYAITAN DURJANA.

AKU INGIN BERUBAH YA ALLAH
AKU INGIN BERUBAH YA RAHMAN
AKU INGIN BERUBAH YA RAHIM.

-AKU-