Friday, September 13, 2013

NIAT DI HATI

ASSALAMUALAIKUM..

malam ni tiba-tiba tergerak hati nak update blog.. mungkin sebab rasa sunyi sebab seorang roomate tidur, seorang lagi tak ada dekat bilik sebab tidur rumah kawan dia, aku pulak dari tadi duk hadap laptop sampai macam nak tembus p masuk bilik sebelah tembus lagi p dinding belah sana.. aku sebenarnya tengah mencuba membuat mini assignment yang diberi oleh lecturer tapi tak tau pasai apa duk susah sangat idea tu nk maiii.. mungkin sebab hari tu kat rumah duk makan tidur je kejenya sampaikan terlupa nak exercise otak yerkkk.. hotakkkk ! !

okeyyyyy okeyyy okeyyyy.. sebelum terus melalut pasai otak-meng'otak' ni.. better i straight forward dont belok-belok kepada topik utama yang ingin di tulis d sini.. aku ni secara tiba-tiba bukan bermula pada detik ini la,sebenarnya dah berkurun lama dah ada niat yang sebegini rupa.. huuhee..

niatnya ialah tiba-tiba aku rasa macam tak nak keje je pas aku habis study ni dan lebih spesifiknya selepas berkahwin.. benda ni tetiba muncul dalam hati aku lepas aku tengok wanita hari ini dekat tv3 ri tu.. ha, dorang de interview seorang wanita ni.. dia duk cite la yang dia dan suami yg terchenta bekerja.. dia ni terlalu tak de masa ngan family sampai la suami dia tu berubah hati.. tetapi la kan nasib baik la diaorang ni cepat sedar dan perbetulkan balik hubungan yang hampir retak 1001 tu..

wanita tu berkorban, dia berhenti kerja semata-mata untuk menjaga rumah tangga yang disayanginya itu.. nampak tak kat si tu apa yang telah terjadi.. aku takut benda yang sama akan terjadi dekat aku gak.. aku tak nak la cam tu kan.. kalau boleh aku nak bersama dengan bakal suami aku tu sampai ke syurga.. tak nak hujan di tengah hari.. wahhhh, hambik ko ayat macam karang novel la pulakkk..

bagi pendapat aku la kan, aku akan ikut je cakap suami aku nanti.. kalau dia tak nak aku keje, aku tak keje la dan dia mesti la sanggup bayar PTPTN aku.. wuhehehe.. tapi kalau dia nak aku bekerja untuk bantu ekonomi, aku sanggup je.. nampak tak betapa bakal jadi isteri solehahnya aku ni.. (perasan sikett)

tetapi kan aku takut gak buatnya aku dapat suami yang langsung tak bertanggungjawab dan aku tak bekerja hanya mengharapkan dia jeeee.. aiseyman, memang buntu la kalau macam tu knnnnnn ? ?.. tetapi setelah dipikir-pikir secara mendalam dan terperinci, aku tak seharusnya lupa akan DIA yang sentiasa 24/7 akan bersama dengan aku tak kira masa apa sekali pun.. oleh hal yang demikian (ayat sastera), aku perlu la sentiasa berdoa semoga mendapat jodoh yang baik yang akan menghargai aku dan yang akan bersama dengan aku selama-lamanya.. AMIN.. ^^

                                       `LOVE ALLAH`

No comments:

Post a Comment