Tuesday, April 7, 2015

PENANTIAN SATU PENYEKSAAN

Assalamualaikum,


Tak dapat disangkal lagi walau dengan apa cara sekali pun bahawasanya (wujud ke perkataan ni?) yang penantian itu satu perkara yang sangat menyeksakan menyenakkan menyusahkan dan man united. Semalam hati berbunga-bunga walaupun macam krik krik. Ahahahaha. Nak tahu sebab ape?? Sebab dua-dua sengal dalam fon bukan main sembang macam pergh walaweyh fulamak akrab. Bila jumpa hamik kau kelu lidah tak terkata. Cakap dua tiga patah boleh kira pakai jari belah kanan sahaja. Brrrrrrr.

So apa kena mengena tajuk ni ngan kisah semalam. Hah! Bukan kisah semalam yang aku nak kupaskan pun. Itu cuma penyedap perenggan je. Sebenarnya aku tunggu wassap dari dia. Dah 24 jam setengah dah tak de kabo berita pongggg. Ntah-ntah dia tak suka aku kot yakk. Senyap je. Aku jela yang cam terhegeh-hegeh. Ermmm dah agak dah. Tu la orang tua-tua ada cakap hidung tak mancung pipi tersorong-sorong (eh, betul ke? Tak hengat aku). 

Dari pagi tadi tunggu. Ermmm. Dah la. Makin dipikio makin lapo pulak aku. Shengal. 

                             `LOVE ALLAH`

Thursday, April 2, 2015

FALL IN LOVE

Assalamualaikum


Hye hye hye. Setelah sekian lama. Hahahaha. Kenape ye tetiba aku terasa nak update blog malam ni? Jawapan dia suka hati aku la. Muahaha. Okay. Yang sebenar-benarnya aku perlukan tempat untuk buat luahan perasaan sebab bestie semua buzy dengan hal keluarga dan rumah tangga memasing so, aku pun kembali la bercorat-coret di sini. Wehuuu.

Apa ye yang nak dikongsi kannn? Ermmm. Sebenarnya jeng jeng jeng. Hahaha. Sengal kat diri sendiri. Okay to be honest, I think im fallen in love with someone but….. as usual my life is getting complicated especially about love. Ermmmmmm.

Okay la, nak dijadikan cerita la kan. Actually aku dah lama dah kot suka kat dia tu tapi aku ni perempuan melayu yang tipikal sikit la. Aku giler tak boleh nak hadam dengan istilah perigi cari timba sebab malu giler kot kalau kena reject. Tapi kalau nak tunggu dia say something memang aku rasa mustahil jugak la walaupun sebenarnya dia pernah cakap la yang dia suka aku. Hahaha. Tapi time tu aku masih tak ready nak bagi commitment kottt. Pastu dah giler meroyan menyesal. Hahaha. Sengal lagi sekali lagi kat diri sendiri.

Aku rasa cam aku dah banyak dah bagi hint tapi tu la jenis orang yang lambat hadam hint ni pun susah jugak la kan. Selalu whatsapp tapi berasap jela woii. In case la kan dia tak suka kat aku dah aku rasa boleh terima la hakikat tu walaupun pahit. Uhuk. Sebab yela aku ni dah la tak cantik. Buat kerja rumah pun tak berapa nak pandai sebab malas yang lebih. Apa la nak jadi ni woii.


So last but not least, Tuhan tolong lembutkan hati dia untuk terimaku seadanya lalalalalalala~ (dah tak ingat lirik lagu ombak rindu). Hahahaha. Itu je. Sekian.

                                 ~LOVE ALLAH~

Tuesday, March 4, 2014

KISAH CINTA

ASSALAMUALAIKUM …

Coretan aku untuk kali ini adalah mengenai cinta (perghhhh) .. fitrah manusia ingin menyintai dan di cintai sampai kadang-kadang kita leka dengan cinta dunia yg penuh dengan kepalsuan .. kita sering menyalahkan mereka melukakan tetapi diri sendirilah sebenarnya punya utama dilukai .. masih mengejar cinta duniawi walaupun tahu cinta hakiki masih jauh menanti .. masih memburu sang arjuna yg kononnya setia walaupun pasti ia tidak kekal lama .. kenapa semua ini terjadi??? .. jawapannya ada dalam hati ..

Bila cinta yg dipuja dan disanjung tinggi pergi, mula salahkan diri .. makan pil tidur sampai mati .. berbaloikah semua ini??? .. yg kita tahu menangisi org yg menyakiti tanpa fikir rupanya masih ada yg lain masih menyayangi iaitu DIA .. DIA yg satu yg sering kita lupakan .. DIA yg satu yg sering kita abaikan .. kita tidak hiraukan kasih sayangNya kerana DIA tiada di depan mata .. bg kita yg selalu memuji adalah yg terbaik, yg kita rasa adalah nyawa segalanya .. tetapi itu semua terbina atas satu nama iaitu DOSA .. lalai, leka, menyanjung cinta yg entah apa-apa ..

Si dara terkejar mengejar sang arjuna yg kononnya berjanji setia menjadi pendamping di dunia dan di sana .. tetapi akhirnya janji itu hilang bersama maruah diri yg satu .. itulah permainan manusia di sekeliling aku .. aku bukanlah seorang dewi atau bidadari dari kayangan yg konon tidak pernah melakukan kesalahan .. aku bukanlah si solehah yg melakukan kebaikan sentiasa tetapi aku adalah khalifah di muka bumi ini .. dosa aku banyak tak terkira, oleh itu aku mahukan bimbingan dariNya ..

Aku juga pernah terluka, pernah bermain cinta tetapi ALLAH maha menyayangi .. DIA sentiasa bersama aku ketika aku meminta petunjukNya .. tidak pernah meninggalkan hambaNya yg dalam kesusahan .. ALHAMDULILLAH .. mungkin hati ini perit ketika terpkasa meninggalkannya tetapi hati bertambah tenang kerana makin dekat denganNya .. aku bersyukur kerana masih berkesempatan merasai nikmat kasih sayang ALLAH .. walaupun aku tidak nampak akan kehadiranNya di depan mata tetapi aku dapat merasaiNya di dalam hati ..


Coretan ini untuk dikongsi bersama .. tidak kira tua atau pun muda .. mungkin masih ada di luar sana yg terlalu mengagungkn cinta manusia .. kalau silap harap ditegur bukan dicela .. dan tolong jangan jadi typical Malaysian wahai rakyat jelata ..

~LOVE ALLAH~

Saturday, November 30, 2013

MY FYP ~

ASSALAMUALAIKUM . .


1st of oll sy nak ucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya masih bernafas dan mempunyai kesempatan untuk berkongsi cerita di belog ini.. ak turut bersyukur kerana ak telah selesai membuat presentation final year project.. OYEAHHH ! ALHAMDULILLAH.. thanks jugak kat kengkawan, parents, family yang support saya dalam melaksanakan project tahun akhir ni.. TERIMA KASIH !

okey, ucapan dah macam retis menang anugerah pakai baju bling-bling seksis tahap nak mampus.. tapi ak rasa perasaan ak sekarang ni lebih gembira tahap melampau dr yg dok menang anugerah tu bagai.. 2 hari sebelum ak present tu, siusly cuak ke bebeh bak lu.. dah cam perempuan mengandung yang tengah meroyan.. tu belum cite time hari ak nak present.. rasa cm nak muntah, nak terbuang sume yg ado.. fuhhhh~

tapi ak ni dalam lega-lega pun, risau la gak ngan repot ni ha.. nak kena edit balik sebab evaluator ak komen sal tajuk tu cam tak perlu je letak performance.. aiseymaaannnnn~ perlu di olah baliknya pakk (dah lebih kurang cam supervisor ak cakap, sory buk).. hehe

tapi ak harap semuanya berjalan lancar la.. hope ak mampu untuk olah balik report tu dan ak mampu buat yang terbaik walaupun dalam hati duk tengah pikiaq ni macam mana la ak nak pi interview staff ni haaaa.. aiseyman~ tiba-tiba aku rasa cuak lak nak pi interview diaorang ni sebab yela 1st time kot nak interview mereka untuk dibuat research.. neves akok~ 

walaubagaimanapun, ni la life seorang student.. semua tu perlu dihadapi dengan hati yang terbuka dan berlapang dada.. ye dok~ bukan ak sorang yang kena wat sume benda tu.. yang lain pun sama jugak.. wehuuuu~ (padan muka korang dan ak) whatever it is,

                

                       ~LOVE ALLAH~

Saturday, November 9, 2013

KAHWINN !

ASSALAMUALAIKUM..

cakap sal kawen ni knnn, siapa yang tak nak kawen ye dokkk?.. even budak kecik cinonet sekarang ni kalau kita tanya dia nak kawen ke tak mesti berdesup je jawab NAK.. gatai bebeno ehhh~ tapi ak sendiri pong nak kawenn, giler ko tak nak.. muahahahhaha (gatai nooo).. 

apa yang ak nak mengarut untuk kali ni adalah ak cuma tertanya-tanya je kenapa ramai sangat yang beria-ria nak kawen tapi dorang jugak la yang beria-ria nak bercerai.. ko dah kenape kannn??.. dulu bukan main lagi nak tunang dan nikah siap upload gambar dan update status gempak-gempak punya macam ko sorang je kawen kt dunia ni kannnnn.. last-last bercerai.. bila tanya kenapa, alasan yang selalu korang bagi adalah "kami dah tak serasi".. memang baguiihhh la ponggggg.. 

kalau la rasa tak bersedia lagi nak memikul tanggungjawab, tak yah la kawen lagi wahai saudara-saudari oiii.. ni, ko nak kawen sebab nafsu ke hape lepas tu meningkatkan statistik penceraian kat Malaysia tanah tumpah darahku ni.. tolonglah wahai anak muda permata negara (perghhh ayattt ak), janganlah lakukan sesuatu tu atas dasar nafsu tanpa pikiaq sabab dan akibat yang akan melanda di kemudian harii.. merana badan weyhhhh..

ak ni kan bab mengata orang nombor 1 (dari belakang,hihi).. ak pong lebih kurang tambah bahagi tolak darab macam yang lain jugak lahh.. gatai sangat nak kawen.. pantang tengok cerita sweet-sweet je rasa nak kawenn.. pe punya turrr la ko??? (merujuk kat diri ak yang tengah makan cili).. mana la ak tak rasa nak kawen sebab hari-hari duk tayang cite sweet mweett macam alam rumah tangga ni so simple and will happily ever after je.. bukan ak sorang jela macam ni, kengkawan ak pong sama okayyy !..

ak ni pun masih belom bersedia lagi nak bergelar si isteri (perghhhhhh, ayat).. sekarang ni ak ngan kengkawan ngah cuba bersedia la ni sebab usia kami pun makin meningkat la katakan (eherrmm).. gatai dok weolsss.. heheh.. motipnya kat sini ak nak cakap, pe kata la kann kalau stesen tv ni jangan asyik nak tunjuk cite sweet je, wat la cite yang memberi banyak pengajaran kat budak-budak remaja ni haaaaa.. jangan tunjuk cite yang tak senonoh je kejenya.. SENDIRI MAKAN MEE YANG TAK DICELUR, SENDIRI RASA PEDOR LAAA..

             

            ~LOVE ALLAH~

Wednesday, November 6, 2013

KEHIDUPAN . .

ASSALAMUALAIKUM..

pada hari yg indah permai sambil ak digodai dengan bau nasi ayam (entah sape la yg makan nasi ayam kat library ni oiiii) ak terasa berasa merasa nak bercerita berceloteh bergossip mengenai kisah seorang kawan ak ni haaa..

lama tak lama (apa punya ayat entah) gak la ak dah kenal ngan seorang kawan ni.. serius, dia sangat baik memahami, akan tolong kita time susah TETAPIIIIII ! dia ni terlalu sensitif la.. sikit-sikit je nak sentap bagai.. aishhh~ kadang-kadang ak rasa cam dia sorang je yg ada hati perasaan bagai.. kawan-kawan dia yg lain (termasuk ak) ni memang tak de hati ea???

secara jujur ikhlas ak dah tak tau nak wat macam mana dah.. kadang-kadang rasa meluat gak la kannn.. asyik ak je nak kena jaga hati perasaan dia.. sampai kadang-kadang tu terlepas gak la ayat-ayat yg boleh buat dia sentap sebab dah geram dan terlepas (maafkan sy awak).. wuwuwuwu~ ak ni bukan jenis yang suka bercerita dekat orang lain segala masalah rumah tangga dalam kelambu.. so, kat sini jela tempat ak nak merepek meroyan luahkan perasaan nya pun la adoyy~

lagi satu la kannn, dia ni jenis yang sangat suka plus favorite atau mungkin boleh dikategorikan sebagai hobi dia kot menyampuk dan potong ayat orang.. aissshhhh, memang pantang-larang tok nenek moyang kaum kerabat ak la bila orang duk cakap ang dok potong sampuk macam burung jampok.. TOLONGLAH TOLONGLAH TOLONGLAH ubah sikit perangai tu wahai kawanku.. kadang-kadang ak rasa cam nak larikan diri je dari dia sebab ak dah tak tahan dengan perangai dia tu..

orang selalu cakap kawan yg baik akan menegur kawan dia kannnn.. masalahnya dekat tempat duduk ak sekarang ni ak tak boleh nak tegur dia sebab dia terlalu merlalu keterlaluan sensitif nya.. benda ni bukan ak sorang je yang alami, kawan-kawan ak yg lain pong cakap benda yg sama gak DAN kitaorang serius tak berani nak tegur sebab dia SANGAT SANGAT SANGAT SENSITIP.. nampak tak berapa juta kali ak mention yg dia sangat sensitif, nampak tak nampak takkkkk..

lagi satu kan dia ni jenis yg pe benda yg dia cakap mesti betuii, kalau orang lain cakap dia cam wat reaction yg benda tu tak betui sampai la kena tunjuk bukti.. ko dah kenapa kannn cengginin.. pas tu kalau la tak de sape yg berpihak kat dia, dia akan wat ayat cm ni "lantaklah, bukan masuk exam pun".. apuuuuuuu~ paling syok sekali la kan, kalau kita wat ayat yg sama cam yg dia buat tu, mula la dia akan sentap sesentapnyaaaaa..

makin lama makin sakit pulak ati sy ni haaaa.. tak faham betui laa.. ni la pertama kali ak jumpa seorang manusia yg berperangai cam ni.. jenuh dah ak cuba untuk sabarkn hati, tenangkan minda bila berhadapan ngan dia.. ak tak tau la ak ni kira cam hipokrit ke ape sebab depan dia ak cam biasa je.. ak tak sampai hati la nak tegur dan lari dari dia sebab ak faham situasi dia macam mana.. tak tahu la apa cara terbaik tuk masalah ak ni.. sekarang ni hanya mampu berdoa dan bersabar je la..



                    ~LOVE ALLAH~ 


Tuesday, November 5, 2013

MY HOLIDAY ~

ASSALAMUALAIKUM..

for uolss information iolss dh setat nyuti dhhh (tak atau bahasa pelik ape ak guna).. yabedabeduuuu~ cuti midsem and iolss tak balik kampung ponggg.. iolss duduk terperuk kat sarawak ni.. tatapi iolss happy sebab iolss dapat stay kat umah kawan iolss Miss N.. kat umah dia de tv bak hangggg, so ak tengok tv je la kejenya (ilang kempunan ak nak tengok tv).. muahahahah ~

dan yang paling best da best terbest nya kat sini, umah dia de dapuq and ak boleh la masak-memasak keletang-keletung.. hehehehehe.. ak pun dah lama dah tak mengupdate belog ni, tiba-tiba kangen pulekkkk.. ak pun tak tau nak melalut pe lagi.. memandangkan ak dh terupdate knnn, ak nak cerita mengenai perasaan (perghhhh!!)..

okey, first of allll.. kt u ak ni kan de la 1 page ni namanya u confession.. sejak kebelakangan kedepanan ni, punya la ramai bak hang yang duk confess yang dia suka kat orang ni la, suka kat orang tu la.. tapi tak de pn yang confess suka kat ak (terasa mak).. heheheheh.. bagi pendapat ak la kannn, tak perlu la kot nak confess kat page tu sangat aihhh.. better hangpa p tadah tangan berdoa kat DIA.. mintak tolong DIA bukakkan pintu hati orang yang korang suka tu supaya suka kat korang..

kalau hangpa duk tangkap cintun tergolek-golek pong bukan budak tu tau identiti mengkome.. ak tengok de yang kena caci-maki je dalam tuuu.. even tuan punya badan yang disukai pun tak suka korang buat cenggitu cenggini.. malu la weyyhhh sbb memang la korang tak nyatakan nama tapi ngan cara korang buat "l*** j**" dan kasi tahu course and tahun berapa pe sume cenggini korang ingat orang lain tak boleh tahu kehhh?.. pelik la budak-budak la ni.. berani yang bukan-bukan.. 

lagi 1 ak tak berapa suka la page tu sebab admin nya langsung tak reti nak tapis-menapis confession yang budak-budak ni buat.. de yang cerita bukan-bukan pun p publish, dah kenapa knnnn.. memalukan betul la kalau orang luar baca sebab menampakkan yang student u ni tak berakhlak dan bermoral.. aish, malu-maluuu.. dah tak ada kerja ea nak tulis benda-benda yang tak senonoh cenggitu.. iolss serius tak faham uolss know??

dahhh-dahhhh tak boleh nak cakap lebih-lebih.. kang mengarut entah ke mana-mana pulek.. okey uolss, iolss cau duluuuu okayyyy.. hehehe ^^



             ~LOVE ALLAH~

Tuesday, September 24, 2013

MY LIFE NOW

ASSALAMUALAIKUM . . .

argghhhhh ! ! .. nampak tak betapa aku stress nya sekarang ni.. macam-macam benda la nak duk fikir sekarang ni.. mana nak fikir sal final year project, assignment, kuiz, klas, suami ( okey yang last tu memang tipu ).. boleh pitam makcik dibuatnyaaaa (tapi tak pernah pitam lagi la setakat ni )..

okey, sekarang ni aku dah senior dalam erti kata lain final year student la kan, so memang banyak kerja yang perlu dilaksanakan tetapi setakat ni aku still boleh handle la.. still okey cuma kadang-kadang tu rasa macam tak terurus gak la kan.. aku rasa cam nak amik seorang personal assistant yang boleh tolong aku ( okey, propa lebeyy ).. kengkadang tu rasa gak la macam hidup ni dilanda badai yang menghentam pantai ( ayat sastera dah keluar ).. 

walaubagaimanapun walhal yang demikian ( lagi sekali ayat bunga-bunga sastera tahap tinggi ) , aku rasa atau dengan lebih tepatnya bukan aku seorang jela dalam dunia ni yang mengalamni perkara-perkara seperti ini kannnn.. padan muka korang sebab kena buat banyak benda.. muahahahahha ( gelak untuk aku gak ).. 

tapi aku bersyukur la sebab ak de kengkawan yang leh jadi tempat aku nk mengadu nasib.. uhuk.. at least dorang ni boleh la kasi nasihat serba-sedikit walaupun tak sehebat kaunselor.. hehe.. kepada pakcik polis, kalau ko baca pos ni, ko pun kira termasuk dalam senarai tu la.. nampak tak betapa baiknya aku sebab mention ko kat sini ( ko jangan nak perli-perli aku eaa ).. huheeee.. daripada aku terus melalut entah apa ke benda, its better if i stop here ( english education ).. semoga hidup anda berbahagia dan tidak berada dalam keserabutan yang melampaui batas kepada sesiapa yang membaca.. wwwweeeeeeeeeeeeee~


                           `LOVE ALLAH`

Friday, September 13, 2013

NIAT DI HATI

ASSALAMUALAIKUM..

malam ni tiba-tiba tergerak hati nak update blog.. mungkin sebab rasa sunyi sebab seorang roomate tidur, seorang lagi tak ada dekat bilik sebab tidur rumah kawan dia, aku pulak dari tadi duk hadap laptop sampai macam nak tembus p masuk bilik sebelah tembus lagi p dinding belah sana.. aku sebenarnya tengah mencuba membuat mini assignment yang diberi oleh lecturer tapi tak tau pasai apa duk susah sangat idea tu nk maiii.. mungkin sebab hari tu kat rumah duk makan tidur je kejenya sampaikan terlupa nak exercise otak yerkkk.. hotakkkk ! !

okeyyyyy okeyyy okeyyyy.. sebelum terus melalut pasai otak-meng'otak' ni.. better i straight forward dont belok-belok kepada topik utama yang ingin di tulis d sini.. aku ni secara tiba-tiba bukan bermula pada detik ini la,sebenarnya dah berkurun lama dah ada niat yang sebegini rupa.. huuhee..

niatnya ialah tiba-tiba aku rasa macam tak nak keje je pas aku habis study ni dan lebih spesifiknya selepas berkahwin.. benda ni tetiba muncul dalam hati aku lepas aku tengok wanita hari ini dekat tv3 ri tu.. ha, dorang de interview seorang wanita ni.. dia duk cite la yang dia dan suami yg terchenta bekerja.. dia ni terlalu tak de masa ngan family sampai la suami dia tu berubah hati.. tetapi la kan nasib baik la diaorang ni cepat sedar dan perbetulkan balik hubungan yang hampir retak 1001 tu..

wanita tu berkorban, dia berhenti kerja semata-mata untuk menjaga rumah tangga yang disayanginya itu.. nampak tak kat si tu apa yang telah terjadi.. aku takut benda yang sama akan terjadi dekat aku gak.. aku tak nak la cam tu kan.. kalau boleh aku nak bersama dengan bakal suami aku tu sampai ke syurga.. tak nak hujan di tengah hari.. wahhhh, hambik ko ayat macam karang novel la pulakkk..

bagi pendapat aku la kan, aku akan ikut je cakap suami aku nanti.. kalau dia tak nak aku keje, aku tak keje la dan dia mesti la sanggup bayar PTPTN aku.. wuhehehe.. tapi kalau dia nak aku bekerja untuk bantu ekonomi, aku sanggup je.. nampak tak betapa bakal jadi isteri solehahnya aku ni.. (perasan sikett)

tetapi kan aku takut gak buatnya aku dapat suami yang langsung tak bertanggungjawab dan aku tak bekerja hanya mengharapkan dia jeeee.. aiseyman, memang buntu la kalau macam tu knnnnnn ? ?.. tetapi setelah dipikir-pikir secara mendalam dan terperinci, aku tak seharusnya lupa akan DIA yang sentiasa 24/7 akan bersama dengan aku tak kira masa apa sekali pun.. oleh hal yang demikian (ayat sastera), aku perlu la sentiasa berdoa semoga mendapat jodoh yang baik yang akan menghargai aku dan yang akan bersama dengan aku selama-lamanya.. AMIN.. ^^

                                       `LOVE ALLAH`

Wednesday, September 11, 2013

ALONE

ASSALAMUALAIKUM..

secara officialnya ak dah jadi pelajar tahun 3, T.I.G.A yg bermakna FINAL YEAR STUDENT ! ! . . oyeah ! i am senior big senior ! muahahahaha.. hari 1st p klas muka memang bangga mendongak ke langit sebab semua junior pandang hormat n soalan ni mesti akan keluar dari mulut diaorang "akak, tempat ni kat mana ye?".. maka kami para senior tahun akhir dengan profesionalnya menjawab dan confidentnya memberi petunjuk.. kalau la tersalah maapkan kami ye adik-adik junior.. muehehehehe

okay balik ke topik asal yang ak nak cuba sampaikan di sini.. sekarang ni ak tinggal dekat luar sebab kena tendang, kick out, campak beg dari kolej.. kisahnya begini, ak duduk dekat luar ni dengan ex-housemate ak dan kengkawannya.. so,kiranya ak tak de kawan la nak ke klas.. ni kira 1st time ak la jln p klas sorang-sorang.. hukhek (menangis cam budak kecik) mula-mula tu cuak ke bebeh gak la tapi setelah melaluinya untuk beberapa hari ni ak rasa best pulak.. nak tau sebab-musababnya ? ? jeng ke jeng jeng p0oom p00om 

1- bila jalan sorang-sorang ni macam-macam yang kita boleh pikiaq.. kita boleh muhasabah diri.. rasa lebih tenang dan rasa lain la.. ak suka sangat perasaan tu..

2- ak dapat tengok keindahan ciptaan ALLAH.. orang cakap jauh perjalanan luas pemandangan ye dok.. kira macam kita dapat explore something.. ada yang cakap jalan sorang-sorang ni bahaya tapi ak yakin ALLAH sentiasa ada dengan ak.. even kalau ak jalan dengan 10 orang sekali pun tapi dah tertulis yang sesuatu tu akan jadi, tetap akan terjadi..

3- ak dapat jumpa dengan ramai orang.. even tak tegur tapi ak menghadiahkan mereka dengan 1 senyuman yang indah meletop gitu dan ak dah dapat pahala (kalau ngan lelaki idok lerr).. oyeah ! setiap hari ak akan bertembung atau berselisih dengan orang yang berbeza-beza, klu de yang permah tu tegur la leh tambah kawan knnnnnn.. heheh

ak rasa buat masa ni tu je la kot sebabnya.. gaya tulis kat atas macam banyak sangat bertimbun-timbun tapi yang de 3 je pong.. huheeee..


                                              `LOVE ALLAH`

Friday, September 6, 2013

HOME SWEET HOME~

ASSALAMUALAIKUM..

pejam celik pejam celik,makan tidur sudah hampir berakhir cuti semester ak..huarghhhh!..gue enggak mau pulang lagi..


                                                `seriously rasa cam nak wat muka cam ni`

memey rasa cepat bebeno jela aih masa ni berlalu pergi meninggalkan ak..ak still tak ready lagi nak balik u..padahal dh 3 bulan gak bersantai d rumahku syurgaku ni..terasa bagaikan mutiara halus ingin mengalir mencurah-curah ke bumi..wuwuwuwuwuwu~ kesabaran kesahajaan jelah terhadap diriku yg kerdil ini..

sambil menenangkan diri dengan mendengar lagu-lagu nasyid yg mampu membuat diri kerdil ini berasa tenang dan bahagia di samping keluarga tercinta ak mendapat idea untuk mengupdate belog pada malam ini..huehuehue~

ak masih perlu masa tuk berada di rumah..perlu masa untuk tidoq lama,makan banyak-banyak..hikhikhik..kalau mak ak baca memey kena la jawabnya.. ^^

                    `LOVE ALLAH`



Saturday, August 24, 2013

C.I.N.T.A

ASSALAMUALAIKUM..

pagi ni tergerak hati nak update blog.. as usual kalau ak update blog mesti de something yang mengganggu pikiran ataupun ak berasa perlu bercerita atau ntah pe pe je la..hukheekkkk

C.I.N.T.A 1 perkataan yang membawa 10001 makna..ak pernah bercinta pernah rasa disayangi pernah menyayangi seseorang yg bukan muhrim suatu ketika dahulu.. ALHAMDULILLAH ak rasa sangat sangat dan sangat bersyukur kerana ALLAH telah menyedarkan ak yang perasaan cinta ak terhadap si dia tidak harus diteruskan..

ak bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk bertaubat dan menyerahkan cinta ak kepada yang lebih berhak.. namun,ak masih manusia biasa yang akan dihasut oleh syaiton-syaiton.. kadang-kadang ak rasa cemburu melihat kawan-kawan yang ber'couple' dan terasa nak seperti itu jugak n sangat melampau jeles tengok kawan-kawan yang dah bertunang atau berkahwin.. aku gak rasa nak cam tu sebab kadang-kadang rasa sweeeettt je tengok diaorang ngan pasangan masing-masing.. wuwuwuwuwu~

astaghfirullah.. bagi pendapat ak perasaan cinta dan kasih sayang tu indah tapi sebagai manusia kita haruslah pandai mengawalnya agar tidak terlalai dan sesat.. kadang-kadang ak de terfikir kenapa kita atau lebih spesifiknya ak tak leh nak terima someone yang betul-betul sayangkan kita?? kenapa kita atau lebih spesifiknya ak tak leh je terima dia tu?? kenapa still nak menunggu someone yang ntah suka ntah tak kat kita?? 

kalau boleh ak nak buang perasaan ni jauh-jauh sebab benda ni pun boleh wat ak stress jugekkk.. wuwuwuwuwu~ ak perlukan kekuatan yang extra maksimum supaya ak dapat fokus kepada yang mencipta semesta alam ini.. insha-Allah ^^

                      ~LOVE ALLAH~

Friday, June 7, 2013

rumah sakit~

ASSALAMUALAIKUM . . .

salam sejahtera kepada semua . again, lama x update blog sebab bnyak kekangan . kadang-kadang ak rasa ak ni ngah ambik medik lak . banyak beno la aih benda nak kena buat . hari ni ialah 7/6/2013 d mana ak berada dalam mood study week tp cam x berapa  nk study jew .

                             
                                                      `cam ni la muka malas nak study`

okey, fokus ! bukan nak cite sal malas nak study tapi nak cite sal ak rumah sakit . ya Allah, ak sangat rindu mak,opah,ayah,adik,abang,tacik,pah long,haziq,mak ikin,mak nor,kazen2,pok2 sedare dan ramai lagi . hanya tuhan je yg tau cam ne perasaan ak skang ni . meluap-luap giler nak baliknya . 

antara sabab-musabab lain adalah sem ni banyak sangat dugaan dan ujian yg Allah beri . alhamdulillah ak bersyukur sebab setiap ujian tu maknanya Dia ingat kat ak . so, in shaa Allah tidak sekali-kali untuk ak lupakan Dia . niat di hati ak nak sangat berubah menjadi yg lebih baik tapi kadang-kadang ak duk rasa ak x bersedia lagi . tapi bila di fikir balik sampai bila nak bersedianya?? dah nak mati nanti? astaghfirullah .

bukan mudah untuk berubah ke arah kebaikan . pelbagai pengorbanan, cabaran dan dugaan yg perlu kita tempuh . tambah-tambah pada la ni . ak kena perkuatkan perketatkan dan permantapkan iman ak dulu . kalau lah ak x wat semua tu, hancus weyh, hancus .

ya Allah, bnyknya dosa ak . kadang-kadang ak rasa mampu ke ak nak ke syurga-Nya ? ?

ak terasa sangat nak balik sebab ak perlukan adik-adik ak tuk wat lawak, kacau dorang sampai dorang marah . dengan cara tu je ak rasa leh tersenyum gembira . dengan cara tu je ak rasa hidup ak ceria . tapi ak tetap bersyukur sebab ak de kawan-kawan yang akan menceriakan hidup ak . walaupun dorang tak nampak air mata yg mengalir tapi dorg still boleh wat ak tersenyum dan memahami ak . ^^

ak tak de pakwe cam orang lain yang dorang boleh cerita segala masalah dorang tapi ak ada Allah . Dia lebih berharga dan bermakna dalam hidup ak . Dia tak pernah sesekali lupakan ak atau tinggalkan ak . 


sy sayang Allah <3

LOVE ALLAH


AKU YANG LEMAH~

YA ALLAH
AKU ADALAH HAMBA-MU YANG LEMAH
SERING LEKA DAN LALAI
SERING MENINGGALKAN SYARIAT-MU.

YA ALLAH
MAMPUKAH HATI INI TERUS ISTIQAMAH
UNTUK KE JALAN YANG DI REDHAI-MU
APAKAH AKU MASIH BELUM TERLAMBAT
UNTUK KE SYURGA-MU.

YA ALLAH
DOSAKU IBARAT PEPASIR DI PANTAI
YANG SENTIASA ADA WALAU DI PUKUL BADAI
MAMPUKAH AKU YA ALLAH?

YA ALLAH
BANTULAH HAMBA-MU YANG HINA INI
AKU PERLUKAN BIMBINGAN UNTUK KE SYURGA-MU
KIRIMKANLAH DAKU IMAM YANG TERBAIK DARI SISI-MU
YANG MAMPU MEMIMPIN TANGANKU KE JALAN-MU.

YA ALLAH
IKHLASKANLAH HATI INI MELAKUKAN SETIAP PERKARA HANYA KERANA-MU
TABAHKANLAH HATI INI MENEMPUH UJIAN-MU
JAUHKANLAH DIRI INI DARI GODAAN SYAITAN DURJANA.

AKU INGIN BERUBAH YA ALLAH
AKU INGIN BERUBAH YA RAHMAN
AKU INGIN BERUBAH YA RAHIM.

-AKU-

Thursday, April 4, 2013

BALIK KAMPOOONG!

ASSALAMUALAIKUM.. 

tarikh hari ni 4/4/2013, tiket ak 6/4/2013..weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~ lebih kurang sehari setengah je lg nak pulang ke kampung halaman bertemu bonda, ayahnda, nenda, adinda-adinda, kekanda, pakciknda, pahlongnda dan macam-macam benda lagi...seriously tersangat terover terlampau excited tau..walaupun cuti hanyalah seminggu tapi ak tetap bergumbira kerana dapat balik kampung halaman..lalalalalalallalalalalalalala~ (nampak tak kegembiraan d situ)

TATAPI balik je dari cuti de 4 exam yg menunggu ak untuk meratah segala yg ada dalam hotak ak ni..aiseyman, sepoil-sepoil bahasa betui la..plus waktu cuti ni de banyak sangat keje sekolah yg diberikan oleh groupmate-groupmate tercenta..kena cari pelbagai info-info untuk menyelesaikan esaimen yg bakal dihantar selepas cuti...wauwauwauwau~  U.U

walaubagaimanapun, ak tak nak pikiaq dulu pasai semua tu sebab ak nk pikiaq pasai balik kampung dulu..nak bermaharajalela di kampung untuk beberapa hari dulu, pas tu baru duk kalut pikiaq pasai esaimen segala benda..huehuehuehue~

walau apa pun caranya juga (salah 1 lirik dalam lagu raihan,iman mutiara), ak tetap nak kasi tau kat 1 DUNIA yg AK NAK BALIK KAMPOOOOOONNGGG NI WOI !..ALHAMDULILLAH kerana masih diberi kesempatan untuk berasa gembira dan semoga perjalanan jauh tak ku rasa (lirik lagu balik kangpung) t akan berjalan lancar..semoga ak dan kengkawan selamat sampai ke destinasi..amin

ps : ri ni tak de gambaq sebab ak kena bergegas nk p ciap p kelas..kang lambat mati la hai..

                                                     `LOVE ALLAH`

Saturday, March 30, 2013

REVENGE~

ASSALAMUALAIKUM..

petang ni cite topik hangat iaitu BALAS DENDAM !..ak sangat memahami yg  semua manusia dalam dunia ni tak sempurna, tak kira la dia orang melayu ka, cina ka,pakistan ka, zimbabwe ka, kita semua sama je..yg membezakan adalah agama,warna kulit dan akidah kita..

ak cuma tak faham la kenapa mereka-mereka yg berkenaan nak balas dendam kat seseorang tu????..benda ni telah terjadi kat ak..al-kisahnya begini, beberapa hari yg lalu, de seorang kawan ni send mesej kat ak, tapi ak tak reply sebab time tu de keje lain dan salah ak gak la sebab bila dah balik umah tak reply gak sebab masalah terlupa (samada ak termakan semut or faktor usia yg semakin meningkat).. 

nak dijadikan cerita ni lebih menarik tertarik da bomb!..'kawan' ak ni duk update lak kat fb cakap sal orang tak reply mesej..cam ni ke kawan??????..kalau dia rasa tak puas hati dan dia gelar dia sebagai seorang kawan, dia tak kan wat cam tu..tapi dia akan nasihat atau luahkan secara depan-depan..tak perlu la nak perli-perli dalam fb bagai...marah ni,marah

                                 
                                                            `berasap-berasap`

kemudian, sekarang ni dia dah tak reply sangat mesej ak..nampak tak macam nak balas dendam d situ..ak mengaku mungkin salah ak gak sebab tak reply mesej dia tapi ak tak reply bersebab,bukan sengaja..untuk mengelakkan pertengkaran berlaku, ak pun positif kan lah diri..mungkin dia tak reply mesej ak sebab dia tertido,p basuh baju pas tu fon dia termasuk dalam baldi tu sekali,tak pun la kan mesti sebab dia tak kredit (alasan biasa)..

setiap manusia de melakukan kesalahan dan ak pun pernah wat salah kat dia..untuk mengelakkan muka ak berkedut,ak kena sentiasa fikir positif dan senyum sokmo..tak leh nak marah-marah ye dok..mungkin disebabkan perasaan marah tu yg membuatkan dia rasa nak balas dendam kat ak..sabar tu kan separuh daripada iman, so lebih baik ak terus bersabar dan biarkan apa yg dia nak wat..in shaa Allah de ganajaran untuk orang yg bersabar dengan setiap dugaan yg mendatang.. ^^


^^

`LOVE ALLAH`

Sunday, March 24, 2013

for the 1st time

ASSALAMUALIKUM..

kum ape, kombat, bat ape, batman, men ape, mentos (lagu feveret time kanak-kanak, meleret-leret sampai ntah ke mana-mana la)..nak tahu tak ape yg 1st time nya yg ak lalui pada 23/3/2013 pada jam lebih kurang tolak tambah bahgi darab pukul 10.20pm cenggitu la..

ceritanya bermula begini..pada malam kejadian, ak ngan seorang sahabat telah pergi berjalan kaki ke talent show yg di anjurkan oleh fakulti kami yg indah permai tu..kami dah beli tiket dah RM 5..sejujur-jujurnya, memang best la show ni sebab dia wat show berdasarkan 8 intelligence contoh cam naturalist, interpersonal, mathematical thinking and so on(speaking doe~)..antara peserta yg join de la yg nasyid(i like), drama, karaoke dan sebagainya..

nak dijadikan cerita la kan, persembahan yg mula-mula tu ok la kan, ye dok?..cuma ak tak dapat terima je de part drama yg memerlukan mereka berpelukan dan berpegangan tangan..maaf ler yerk, ak masih ingat-ingat lupa yg ak dah masuk universiti, benda-benda cam ni hanyalah perkara biasa yg d remeh-temehkan je WALAUPUN..............(fikir la sendiri!)..

meh start cite meh..de la 1 performance ni yg wat kn ak sakit kepala iaitu band performance..tak salah kalau dia orang nak menyanyi TAPI-TAPI-TAPI tolonglah jangan menjerit cam tak de hala tuju..even korang band rock sekali pun, jangan la menjerit cam tu..ak tengok lecturer yg datang pun berkerut muka..ak pernah je tengok band-band wat persembahan dalam tv tapi tak de la cam tu..nyanyian mereka dan perkataan mereka masih boleh didengari dengan terang jelas dan nyata..tetapi band ni,ermmmmmm.................

ce tengok cam geng nasyid tadi..alahamdulillah sejuk telinga mendengar..meggunakan bahasa yg mudah d fahami, lembut, tenang je..kalau nak d ikutkan memang time nasyid tadi cam tak de orang je nak tepuk tangan, tapi time band tu main,tu dia,bergema..biasa la kan, manusia..mungkin 1 dewan tadi penuh ngan yg bukan muslim kot..mungkin dia orang tak faham pe yg cuba d sampaikan..tak pe la, nak wat lagu mana ye dok..pi mai pi mai, tang tu jugak..lihatlah diri dan cerminlah hati.. ^^

moral of the story, ingatlah kehidupan d dunia ni hanya sementara..berhibur tiada salahnya kerana hiburan itu indah..tapi pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah..(lirik lagu ^^)

                           
                                            ~alhamdulilah kerana ak tidak terpengaruh~

                                                    `LOVE ALLAH`

Friday, March 22, 2013

KOLEJ ini tidak adil !

ASSALAMUALAIKUM..

salam sejahtera dan salam 1 malaysia di ucapkan kepada semua yg sudi membaca blog ini..sekarang ni rajin kan ak duk update blog..tetiba je rajin sebab ak perlukan satu medium tuk meluahkan segala persaan yg terbuku, terpendam, terkesimat di dalam kalbu..kalau nak luahkan kat fb or twitter memey tak dapat la sebab t kawan-kawan ak tau,mak ak baca..kalau boleh ak tak nak la diaorang tahu masalah ak..t dia orang cakap 'hek eleh masalah cinonet ni pun nak jadikan isu'..ha! sape nak tanggung..ak jugek..

kalau tengokkan kepada title ak tu cam gempak meletop je kan tajuknya..memey pun..ni yg nak kabo kat hangpa semua ni haaaaaa~

citenya bermula begini,.......setiap kolej mesti ada jawatankuasa tertinggi sampai gayat punya kan..yg ak rasa sedikit sebanyak tak puas hati tu, diaorang ni pilih kasih,pilih bulu, ketiak berbau tahu tak..kalau mengikut kehendak kolej ak ni, diaorang ni memerlukan ajk la kata kau, kat bawah setiap exco-exco..

yg mendukacitakan, diaorang ni leh la plak pilih kengkawan..for an example, c N ni adalah salah seorang exco, dia kenal kawan ak E..dia leh lak minta tlg kawan dia I mesej kat E suruh datang interview..OH MAK KAU la kan...kiranya E tu datang wat syarat jela, tak perlu risau sebab dah memang kompom-kompom dapat jadi..YA ALLAH, time ak denga tu rasa cam kenapa la perlu de manusia cam tu kat dunia ni??..kenapa diaorang tak boleh bersikap adil??????????

dan keputusannya memang E tu DAPAT!..thanks kepada N sebab berlaku sangat adil..seingat ak N tu de tanya kat E kalau la dia tak dapat jadi ajk tuk yg E tu minta, sanggup tak kalau E tu jadi ajk rumah hantu??..E cakap TAK SANGGUP..E sendiri cite kat ak yg dia tak sanggup..tapi waktu ak dan 4 orang lagi d interview oleh N, kami cakap kami sanggup je atas sebab-sebab yg telah kami nyatakan..kompiusnya, cam ne ak dan seorang lagi kawan tu tak dapat???????

ak memang terasa cam nak je tulis memo ke, surat layang ke, mesej berantai ke kat pengerusi kolej tapi ak tak de bukti..kalau wat report mesti dia orang akan cakap,BUKTI MANA??..cam ne la nak tunjuk bukti kalau bab-bab cam ni..tak kan ak nak curi fon E kot..dia kawan ak laaaa..

memang time tu rasa marah gak la sebab pemimpin sepatutnya berlaku adil..cam ne kami orang bawahan nak hormat diaorang kalau perangai diaorang cam ni???..ak tau,benda ni tak berlaku kat kolej ak je..benda ni berlaku 1 DUNIA..ak faham manusia mesti de sikap pilih kasih kan tapi diaorang tak belajar or tak tahu ke yg wujudnya hari akhirat????

lagi 1, diaorang tak tahu ea kejahatan akan d balas kejahatan..tak takut ke nanti time diaorang kerja, majikan diaorang lak wat cam tu kat diaorang???..diaorang tahu tak doa orang-orang yg teraniaya akan termakbul???

ak hanya mampu berdoa je la semoga ALLAH akan tunjuk kan keadilan kat depan mata diaorang..kalau diaorang tak rasa pe yg orang lain rasa, diaorang tak kan berubah..ALLAH tu Maha adil..mungkin hari ni hari ak dan kawan-kawan yg lain, sok lusa tulat tonggeng mungkin hari mengkome lak..tolonglah jangan terlalu bangga yg korang tu pemimpin sampai korang sanggup menindas orang lain dan sanggup wat keputusan sesuka hati..

benda cam ni bukan sekali 2 je berlaku tapi dah banyak kali dah..bukan ak sorang je yg perasan tapi orang lain pun de perasan gak tapi kami tak boleh nak buat apa sebab cam yg ak cakap tadi, kalau wat report, office akan tanya MANA BUKTI??..memang senang sangat nak cari bukti la kan..oleh itu kami tak dapat membuat apa-apa selain berdoa kerana itu sahaja lah senjata yg paling kuat tuk kami..

                                       
                                            `doa adalah senjata bagi orang Islam`

                                                   ~LOVE ALLAH~

Thursday, March 21, 2013

kecelaruan kemelandaan

ASSALAMUALAIKUM..

pada malam yg indah ni sambil disinari lampu pendeflour (ntah,ak entam je) ak nk bercerita...ak kini dengan rasminya mengisytiharkan yg diri ak ni tengah STRESS, KECEWA, SERABUT, SERABAI...ARGHHHHHHHHHH! 

                                             walau stress cm ne pn,ak tetap comei..kn3? ^^

tanpa melehe-lehe(bahasa perak,mksudnya lengah-lengah) lg,meh sini ak nk cite la sal ape ak stress bebeno ni ha..sebenarnya ak tau dan sedo diri yg blog ak ni tak de la ramai sangat pun yg nak membaca nya..ye dok?..tapi ak lagi prefer nak tulis kat blog even tak de orang nak baca sekali pun..al sabab-musabab nya adalah :

1- sebab kadang-kadang pe yg ak nk tulis ni tak leh cite kat orang sebab t de yg terasa la, de yg bawak mulut la..so,better ak luahkan kat sini,tak de sape yg tahu..

2- sebab ak nk meransang minda..bila menulis ni,kita akan pikiaq maca-macam idea, so mampu la meransang neuron-neuron ak ni..t dah tua tak de la nyanyuk.. (yeke?)

udoh-udoh-udoh-udoh..kang kalau dapat melalut kang,merepek je lebih..sambung balik sebab-sebab ak sedey ni ha.......antaranya adalah :

1- ak ni duk kolej dan nak duk kolej lagi tuk sem depan..syaratnya kena la aktif kolej..ak try la p interview konon nak jadi ajk TATAPI ak telah dkecewakan..ak tak dapat..waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~  sedey tahap melapaui batas kot sebab kawan-kawan ak sume dapat tapi ak....................................

2- ni problem kawan ak..2 orang kawan ak yg cute mute comei lotei de krisis..yg daebak nya(effect tgk cite korea), sorang tu housemate ak,sorang lagi tu kawan rapat ak..imagine la cam ne ak tersepit antara keduanya..sabau jela..d luah mati mak,d telan mati bapak (betui ke pn?)..dh ler kelas english,kami bertiga, bayangkan lah kekekokan nya tu..

3- ak nak balik..walaupun dah tempah tiket tapi rasa nak balik tu meluap-luap hangatnya..ak nk jumpa mak, ayah, opah, adik-beradik, pakcik, pahlong, kazen-kazen..ooooowwwwhhhhh~ rinduuuuuuuuu,rinduuu serindu-rindunyaaaaaaa~


                   `sabarlah hati,setiap yg terjadi tu pasti de hikmahnya. usaha,doa tawakal`

sekian sahajalah tuk hari ni..taradapapapa~ im lovin it (mcdonald)..


                                               ~LOVE ALLAH~

~sedey~

ASSALAMUALAIKUM..

hari ni aku rasa sangat-sangat-sangat-sangat sedih..hati ni rasa bagaikan dah hancur lebor tenggelam timbul tenggelam timbul..sem ni macam-macam dugaan yg melanda..sem ni jugak banyak air mutiara yg gugur membasahi pipi..sem ni la sem yg wat kn ak berserabut, berjerawat, beremosi dan macam-macam ber lah lg..

                                           `lebih kurang cam ni la emosi ak skang,bahay kn?`

tapi-tapi-tapi-tapi dan tapi ak bersyukur sangat sebab ak tau ni semua adalah ujian dari ALLAH tuk hambaNya..ni maknanya ALLAH masih ingat kt ak dan sayangkan ak..Dia nk tengok sejauh mana tahap kesabaran ak ketika ditimpa ujian..oyeah!..ak rasa ujian yg ak terima skang ni tak lah sehebat ujian-ujian yg d lalui para nabi dan sahabat-sahabat mereka..sesungguhnya ujian yg mereka lalui tu lagi dahsyat tapi mereka redha akan segala ketentuan ALLAH..

ak pn nk amik la semangat mereka..nak berjuang macam mereka gak..ak tahu setiap perkara yg terjadi tu mesti ada hikmahnya..ak yakin ak boleh menghadapinya dengan tabah, berani, cekal dan istiqamah..in shaa Allah..AMIN ^^


                                                         ~LOVE ALLAH~