Saturday, August 24, 2013

C.I.N.T.A

ASSALAMUALAIKUM..

pagi ni tergerak hati nak update blog.. as usual kalau ak update blog mesti de something yang mengganggu pikiran ataupun ak berasa perlu bercerita atau ntah pe pe je la..hukheekkkk

C.I.N.T.A 1 perkataan yang membawa 10001 makna..ak pernah bercinta pernah rasa disayangi pernah menyayangi seseorang yg bukan muhrim suatu ketika dahulu.. ALHAMDULILLAH ak rasa sangat sangat dan sangat bersyukur kerana ALLAH telah menyedarkan ak yang perasaan cinta ak terhadap si dia tidak harus diteruskan..

ak bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk bertaubat dan menyerahkan cinta ak kepada yang lebih berhak.. namun,ak masih manusia biasa yang akan dihasut oleh syaiton-syaiton.. kadang-kadang ak rasa cemburu melihat kawan-kawan yang ber'couple' dan terasa nak seperti itu jugak n sangat melampau jeles tengok kawan-kawan yang dah bertunang atau berkahwin.. aku gak rasa nak cam tu sebab kadang-kadang rasa sweeeettt je tengok diaorang ngan pasangan masing-masing.. wuwuwuwuwu~

astaghfirullah.. bagi pendapat ak perasaan cinta dan kasih sayang tu indah tapi sebagai manusia kita haruslah pandai mengawalnya agar tidak terlalai dan sesat.. kadang-kadang ak de terfikir kenapa kita atau lebih spesifiknya ak tak leh nak terima someone yang betul-betul sayangkan kita?? kenapa kita atau lebih spesifiknya ak tak leh je terima dia tu?? kenapa still nak menunggu someone yang ntah suka ntah tak kat kita?? 

kalau boleh ak nak buang perasaan ni jauh-jauh sebab benda ni pun boleh wat ak stress jugekkk.. wuwuwuwuwu~ ak perlukan kekuatan yang extra maksimum supaya ak dapat fokus kepada yang mencipta semesta alam ini.. insha-Allah ^^

                      ~LOVE ALLAH~

Friday, June 7, 2013

rumah sakit~

ASSALAMUALAIKUM . . .

salam sejahtera kepada semua . again, lama x update blog sebab bnyak kekangan . kadang-kadang ak rasa ak ni ngah ambik medik lak . banyak beno la aih benda nak kena buat . hari ni ialah 7/6/2013 d mana ak berada dalam mood study week tp cam x berapa  nk study jew .

                             
                                                      `cam ni la muka malas nak study`

okey, fokus ! bukan nak cite sal malas nak study tapi nak cite sal ak rumah sakit . ya Allah, ak sangat rindu mak,opah,ayah,adik,abang,tacik,pah long,haziq,mak ikin,mak nor,kazen2,pok2 sedare dan ramai lagi . hanya tuhan je yg tau cam ne perasaan ak skang ni . meluap-luap giler nak baliknya . 

antara sabab-musabab lain adalah sem ni banyak sangat dugaan dan ujian yg Allah beri . alhamdulillah ak bersyukur sebab setiap ujian tu maknanya Dia ingat kat ak . so, in shaa Allah tidak sekali-kali untuk ak lupakan Dia . niat di hati ak nak sangat berubah menjadi yg lebih baik tapi kadang-kadang ak duk rasa ak x bersedia lagi . tapi bila di fikir balik sampai bila nak bersedianya?? dah nak mati nanti? astaghfirullah .

bukan mudah untuk berubah ke arah kebaikan . pelbagai pengorbanan, cabaran dan dugaan yg perlu kita tempuh . tambah-tambah pada la ni . ak kena perkuatkan perketatkan dan permantapkan iman ak dulu . kalau lah ak x wat semua tu, hancus weyh, hancus .

ya Allah, bnyknya dosa ak . kadang-kadang ak rasa mampu ke ak nak ke syurga-Nya ? ?

ak terasa sangat nak balik sebab ak perlukan adik-adik ak tuk wat lawak, kacau dorang sampai dorang marah . dengan cara tu je ak rasa leh tersenyum gembira . dengan cara tu je ak rasa hidup ak ceria . tapi ak tetap bersyukur sebab ak de kawan-kawan yang akan menceriakan hidup ak . walaupun dorang tak nampak air mata yg mengalir tapi dorg still boleh wat ak tersenyum dan memahami ak . ^^

ak tak de pakwe cam orang lain yang dorang boleh cerita segala masalah dorang tapi ak ada Allah . Dia lebih berharga dan bermakna dalam hidup ak . Dia tak pernah sesekali lupakan ak atau tinggalkan ak . 


sy sayang Allah <3

LOVE ALLAH


AKU YANG LEMAH~

YA ALLAH
AKU ADALAH HAMBA-MU YANG LEMAH
SERING LEKA DAN LALAI
SERING MENINGGALKAN SYARIAT-MU.

YA ALLAH
MAMPUKAH HATI INI TERUS ISTIQAMAH
UNTUK KE JALAN YANG DI REDHAI-MU
APAKAH AKU MASIH BELUM TERLAMBAT
UNTUK KE SYURGA-MU.

YA ALLAH
DOSAKU IBARAT PEPASIR DI PANTAI
YANG SENTIASA ADA WALAU DI PUKUL BADAI
MAMPUKAH AKU YA ALLAH?

YA ALLAH
BANTULAH HAMBA-MU YANG HINA INI
AKU PERLUKAN BIMBINGAN UNTUK KE SYURGA-MU
KIRIMKANLAH DAKU IMAM YANG TERBAIK DARI SISI-MU
YANG MAMPU MEMIMPIN TANGANKU KE JALAN-MU.

YA ALLAH
IKHLASKANLAH HATI INI MELAKUKAN SETIAP PERKARA HANYA KERANA-MU
TABAHKANLAH HATI INI MENEMPUH UJIAN-MU
JAUHKANLAH DIRI INI DARI GODAAN SYAITAN DURJANA.

AKU INGIN BERUBAH YA ALLAH
AKU INGIN BERUBAH YA RAHMAN
AKU INGIN BERUBAH YA RAHIM.

-AKU-

Thursday, April 4, 2013

BALIK KAMPOOONG!

ASSALAMUALAIKUM.. 

tarikh hari ni 4/4/2013, tiket ak 6/4/2013..weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~ lebih kurang sehari setengah je lg nak pulang ke kampung halaman bertemu bonda, ayahnda, nenda, adinda-adinda, kekanda, pakciknda, pahlongnda dan macam-macam benda lagi...seriously tersangat terover terlampau excited tau..walaupun cuti hanyalah seminggu tapi ak tetap bergumbira kerana dapat balik kampung halaman..lalalalalalallalalalalalalala~ (nampak tak kegembiraan d situ)

TATAPI balik je dari cuti de 4 exam yg menunggu ak untuk meratah segala yg ada dalam hotak ak ni..aiseyman, sepoil-sepoil bahasa betui la..plus waktu cuti ni de banyak sangat keje sekolah yg diberikan oleh groupmate-groupmate tercenta..kena cari pelbagai info-info untuk menyelesaikan esaimen yg bakal dihantar selepas cuti...wauwauwauwau~  U.U

walaubagaimanapun, ak tak nak pikiaq dulu pasai semua tu sebab ak nk pikiaq pasai balik kampung dulu..nak bermaharajalela di kampung untuk beberapa hari dulu, pas tu baru duk kalut pikiaq pasai esaimen segala benda..huehuehuehue~

walau apa pun caranya juga (salah 1 lirik dalam lagu raihan,iman mutiara), ak tetap nak kasi tau kat 1 DUNIA yg AK NAK BALIK KAMPOOOOOONNGGG NI WOI !..ALHAMDULILLAH kerana masih diberi kesempatan untuk berasa gembira dan semoga perjalanan jauh tak ku rasa (lirik lagu balik kangpung) t akan berjalan lancar..semoga ak dan kengkawan selamat sampai ke destinasi..amin

ps : ri ni tak de gambaq sebab ak kena bergegas nk p ciap p kelas..kang lambat mati la hai..

                                                     `LOVE ALLAH`

Saturday, March 30, 2013

REVENGE~

ASSALAMUALAIKUM..

petang ni cite topik hangat iaitu BALAS DENDAM !..ak sangat memahami yg  semua manusia dalam dunia ni tak sempurna, tak kira la dia orang melayu ka, cina ka,pakistan ka, zimbabwe ka, kita semua sama je..yg membezakan adalah agama,warna kulit dan akidah kita..

ak cuma tak faham la kenapa mereka-mereka yg berkenaan nak balas dendam kat seseorang tu????..benda ni telah terjadi kat ak..al-kisahnya begini, beberapa hari yg lalu, de seorang kawan ni send mesej kat ak, tapi ak tak reply sebab time tu de keje lain dan salah ak gak la sebab bila dah balik umah tak reply gak sebab masalah terlupa (samada ak termakan semut or faktor usia yg semakin meningkat).. 

nak dijadikan cerita ni lebih menarik tertarik da bomb!..'kawan' ak ni duk update lak kat fb cakap sal orang tak reply mesej..cam ni ke kawan??????..kalau dia rasa tak puas hati dan dia gelar dia sebagai seorang kawan, dia tak kan wat cam tu..tapi dia akan nasihat atau luahkan secara depan-depan..tak perlu la nak perli-perli dalam fb bagai...marah ni,marah

                                 
                                                            `berasap-berasap`

kemudian, sekarang ni dia dah tak reply sangat mesej ak..nampak tak macam nak balas dendam d situ..ak mengaku mungkin salah ak gak sebab tak reply mesej dia tapi ak tak reply bersebab,bukan sengaja..untuk mengelakkan pertengkaran berlaku, ak pun positif kan lah diri..mungkin dia tak reply mesej ak sebab dia tertido,p basuh baju pas tu fon dia termasuk dalam baldi tu sekali,tak pun la kan mesti sebab dia tak kredit (alasan biasa)..

setiap manusia de melakukan kesalahan dan ak pun pernah wat salah kat dia..untuk mengelakkan muka ak berkedut,ak kena sentiasa fikir positif dan senyum sokmo..tak leh nak marah-marah ye dok..mungkin disebabkan perasaan marah tu yg membuatkan dia rasa nak balas dendam kat ak..sabar tu kan separuh daripada iman, so lebih baik ak terus bersabar dan biarkan apa yg dia nak wat..in shaa Allah de ganajaran untuk orang yg bersabar dengan setiap dugaan yg mendatang.. ^^


^^

`LOVE ALLAH`

Sunday, March 24, 2013

for the 1st time

ASSALAMUALIKUM..

kum ape, kombat, bat ape, batman, men ape, mentos (lagu feveret time kanak-kanak, meleret-leret sampai ntah ke mana-mana la)..nak tahu tak ape yg 1st time nya yg ak lalui pada 23/3/2013 pada jam lebih kurang tolak tambah bahgi darab pukul 10.20pm cenggitu la..

ceritanya bermula begini..pada malam kejadian, ak ngan seorang sahabat telah pergi berjalan kaki ke talent show yg di anjurkan oleh fakulti kami yg indah permai tu..kami dah beli tiket dah RM 5..sejujur-jujurnya, memang best la show ni sebab dia wat show berdasarkan 8 intelligence contoh cam naturalist, interpersonal, mathematical thinking and so on(speaking doe~)..antara peserta yg join de la yg nasyid(i like), drama, karaoke dan sebagainya..

nak dijadikan cerita la kan, persembahan yg mula-mula tu ok la kan, ye dok?..cuma ak tak dapat terima je de part drama yg memerlukan mereka berpelukan dan berpegangan tangan..maaf ler yerk, ak masih ingat-ingat lupa yg ak dah masuk universiti, benda-benda cam ni hanyalah perkara biasa yg d remeh-temehkan je WALAUPUN..............(fikir la sendiri!)..

meh start cite meh..de la 1 performance ni yg wat kn ak sakit kepala iaitu band performance..tak salah kalau dia orang nak menyanyi TAPI-TAPI-TAPI tolonglah jangan menjerit cam tak de hala tuju..even korang band rock sekali pun, jangan la menjerit cam tu..ak tengok lecturer yg datang pun berkerut muka..ak pernah je tengok band-band wat persembahan dalam tv tapi tak de la cam tu..nyanyian mereka dan perkataan mereka masih boleh didengari dengan terang jelas dan nyata..tetapi band ni,ermmmmmm.................

ce tengok cam geng nasyid tadi..alahamdulillah sejuk telinga mendengar..meggunakan bahasa yg mudah d fahami, lembut, tenang je..kalau nak d ikutkan memang time nasyid tadi cam tak de orang je nak tepuk tangan, tapi time band tu main,tu dia,bergema..biasa la kan, manusia..mungkin 1 dewan tadi penuh ngan yg bukan muslim kot..mungkin dia orang tak faham pe yg cuba d sampaikan..tak pe la, nak wat lagu mana ye dok..pi mai pi mai, tang tu jugak..lihatlah diri dan cerminlah hati.. ^^

moral of the story, ingatlah kehidupan d dunia ni hanya sementara..berhibur tiada salahnya kerana hiburan itu indah..tapi pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah..(lirik lagu ^^)

                           
                                            ~alhamdulilah kerana ak tidak terpengaruh~

                                                    `LOVE ALLAH`

Friday, March 22, 2013

KOLEJ ini tidak adil !

ASSALAMUALAIKUM..

salam sejahtera dan salam 1 malaysia di ucapkan kepada semua yg sudi membaca blog ini..sekarang ni rajin kan ak duk update blog..tetiba je rajin sebab ak perlukan satu medium tuk meluahkan segala persaan yg terbuku, terpendam, terkesimat di dalam kalbu..kalau nak luahkan kat fb or twitter memey tak dapat la sebab t kawan-kawan ak tau,mak ak baca..kalau boleh ak tak nak la diaorang tahu masalah ak..t dia orang cakap 'hek eleh masalah cinonet ni pun nak jadikan isu'..ha! sape nak tanggung..ak jugek..

kalau tengokkan kepada title ak tu cam gempak meletop je kan tajuknya..memey pun..ni yg nak kabo kat hangpa semua ni haaaaaa~

citenya bermula begini,.......setiap kolej mesti ada jawatankuasa tertinggi sampai gayat punya kan..yg ak rasa sedikit sebanyak tak puas hati tu, diaorang ni pilih kasih,pilih bulu, ketiak berbau tahu tak..kalau mengikut kehendak kolej ak ni, diaorang ni memerlukan ajk la kata kau, kat bawah setiap exco-exco..

yg mendukacitakan, diaorang ni leh la plak pilih kengkawan..for an example, c N ni adalah salah seorang exco, dia kenal kawan ak E..dia leh lak minta tlg kawan dia I mesej kat E suruh datang interview..OH MAK KAU la kan...kiranya E tu datang wat syarat jela, tak perlu risau sebab dah memang kompom-kompom dapat jadi..YA ALLAH, time ak denga tu rasa cam kenapa la perlu de manusia cam tu kat dunia ni??..kenapa diaorang tak boleh bersikap adil??????????

dan keputusannya memang E tu DAPAT!..thanks kepada N sebab berlaku sangat adil..seingat ak N tu de tanya kat E kalau la dia tak dapat jadi ajk tuk yg E tu minta, sanggup tak kalau E tu jadi ajk rumah hantu??..E cakap TAK SANGGUP..E sendiri cite kat ak yg dia tak sanggup..tapi waktu ak dan 4 orang lagi d interview oleh N, kami cakap kami sanggup je atas sebab-sebab yg telah kami nyatakan..kompiusnya, cam ne ak dan seorang lagi kawan tu tak dapat???????

ak memang terasa cam nak je tulis memo ke, surat layang ke, mesej berantai ke kat pengerusi kolej tapi ak tak de bukti..kalau wat report mesti dia orang akan cakap,BUKTI MANA??..cam ne la nak tunjuk bukti kalau bab-bab cam ni..tak kan ak nak curi fon E kot..dia kawan ak laaaa..

memang time tu rasa marah gak la sebab pemimpin sepatutnya berlaku adil..cam ne kami orang bawahan nak hormat diaorang kalau perangai diaorang cam ni???..ak tau,benda ni tak berlaku kat kolej ak je..benda ni berlaku 1 DUNIA..ak faham manusia mesti de sikap pilih kasih kan tapi diaorang tak belajar or tak tahu ke yg wujudnya hari akhirat????

lagi 1, diaorang tak tahu ea kejahatan akan d balas kejahatan..tak takut ke nanti time diaorang kerja, majikan diaorang lak wat cam tu kat diaorang???..diaorang tahu tak doa orang-orang yg teraniaya akan termakbul???

ak hanya mampu berdoa je la semoga ALLAH akan tunjuk kan keadilan kat depan mata diaorang..kalau diaorang tak rasa pe yg orang lain rasa, diaorang tak kan berubah..ALLAH tu Maha adil..mungkin hari ni hari ak dan kawan-kawan yg lain, sok lusa tulat tonggeng mungkin hari mengkome lak..tolonglah jangan terlalu bangga yg korang tu pemimpin sampai korang sanggup menindas orang lain dan sanggup wat keputusan sesuka hati..

benda cam ni bukan sekali 2 je berlaku tapi dah banyak kali dah..bukan ak sorang je yg perasan tapi orang lain pun de perasan gak tapi kami tak boleh nak buat apa sebab cam yg ak cakap tadi, kalau wat report, office akan tanya MANA BUKTI??..memang senang sangat nak cari bukti la kan..oleh itu kami tak dapat membuat apa-apa selain berdoa kerana itu sahaja lah senjata yg paling kuat tuk kami..

                                       
                                            `doa adalah senjata bagi orang Islam`

                                                   ~LOVE ALLAH~